Bismillahirrahmanirrahim...
Barangsiapa yang bertaqwa kepada Allah nescaya Allah akan lepaskan ia dari masalah hidup dan diberikan-Nya rezeki dari sumber yang tidak diduga. Dan barangsiapa yang bertawakal kepada Allah nescaya Allah akan mencukupkan keperluannya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan (yang dikehandaki)Nya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu.
(At-Thalaq 2-3)
Alhamdulillah, diberi kesempatan menaip short entry. Rindu rasanya nak menaip. Hampir seminggu diserang batuk, seleseme dan sakit tekak.
Asbabnya, saya hanya makan durian yang disimpan dalam peti sejuk semalaman(saya orang yang paling tak suka makan buah durian yang diletakkan dalam peti sejuk, tetapi tak tau pulak malam kejadian boleh suka.). Selepas berbuka puasa pada hari Khamis lepas, malamnya saya makan dalam 5 ulas. Tak sangka sampai ke hari ini kesannya. Alhamdulillah.
Sakit adalah kifarah dosa. Sakit adalah Rahmat kasih sayang-Nya.
Keep Calm & Love Yourself!
;)
Atieka...
"Passion to be a great Muslimah, future wife, future mom..."
~ Kejarlah Akhirat, Dunia pasti mengejarmu ~
No comments:
Post a Comment