Akhirnya Kau Pergi Jua Sayang...
Kisah ini berlaku pada pagi subuh 25/5/15 yang lepas. Allah Maha Mengetahui atas apa yang berlaku. Siapa kita hamba yang lemah untuk menidakkan perancangan Allah yang telah tertulis di luh mahfuz sejak azali lagi?
Biarlah aku menceritakannya mengikut kronologi.
17 Mei 2015
Sewaktu di bilik air untuk mengambil wudhu menunaikan solat zuhur, seperti kebiasaan aku akan menukar pantyliner. Dan..jelas tompokan coklat pekat di atas pantyliner yang aku pakai. Ya ini period!
Tanpa aku sedari, mengalir air mata di pipi. Ya, aku sedih sebab belum berjaya hamil lagi. Aku peluk suami sambil menangis. Cenggeng sungguh! Hehe
Kalau ikutkan, period kali ni sebenarnya dah lambat 10 hari. Dalam tempoh 10 hari ni aku dan suami dalam mood happy sebab barangkali aku hamil. Ok takpe, aku dan suami berbaik sangka dengan Allah. Mudah, hati pun tenangkan ;)
18 Mei 2015
Hari ni rasa tak sedap hati sebabnya dari hari semalam(17/5/2015) sampai pagi ni kat atas pad cuma cecair coklat pekat sahaja dan cuma hari ni sahaja ada 'one blood spotting' on pad yang aku pakai.
Aku bagitau kat suami, peliklah period kali ni. Takde keluar darah period macam selalu. Suami nak kata apa? Dia bukannya tahu hal wanita. :p
Aku guna dua alternatif ni untuk dapatkan info. Pertama call mak dan yang kedua search kat 'Google'.
Masa call mak, aku inform apa yang berlaku. Bla..bla..bla..finally mak kata ni tanda-tanda mengandung! Mak minta aku buat UPT(Urine Pregnancy Test). Mak kata..firasat dia menyatakan yang aku ni hamil sebab sebelum ni aku pernah bagitau mak yang setiap malam badan aku panas macam orang demam, pening kepala, cepat letih dan loya rasa nak muntah. Tapi, aku macam kurang yakin sebab kan tengah period?
Alternatif kedua, aku cari info kat google dengan pencarian, 'tanda-tanda mengandung'. Baca info-info kat sini buat hati berbunga-bunga sebab banyak persamaan aku dengan info yang ditemui. Antara info yang aku jumpa, 'bleeding' di awal kehamilan, period, keluar cecair coklat, pening, badan cepat letih, loya/mual dan badan rasa panas pada waktu malam.
20 Mei 2015
Petang Rabu, aku beriya-iya ajak suami pergi farmasi sebab nak beli upt. Suami tahu bertapa terujanya aku nak beli upt. Aku beli upt brand BiotesT, RM14 sebab masa ni ada sale. Normally RM18.
21 Mei 2015
Pagi-pagi aku buat upt ni. Air kencing yang pertama sebab masa ni kandungan human chorionic gonadotropin (hCG) paling tinggi. So, senang nak kesan sama ada kita hamil atau pun tak.
Pagi ni, rasa berdebar sangat2 Allah sahaja yang tahu. Aku buat upt mengikut 'instruction' yang diberikan oleh pekerja di farmasi Fayyadh. Dup dap dup dap. Alhamdulillah.. Slow2 naik line kedua. Aku hamil! Lari-lari dapatkan suami dan tunjuk upt yang telah dibuat. Syukur pada-Mu Ya Rabb. Suami gembira dan tak lepas daripada memuji Allah atas nikmat rezeki ini.
Dalam perkiraan awal Jun baru nak pergi klinik untuk buat scan sebab nak habiskan dulu period.
23 Mei 2015
Petang Sabtu, tuba-tiba pantyliner yang aku pakai dipenuhi dengan fresh blood. Langsung takde bau hanyir darah. Aku inform pada suami, dia kata mungkin ni darah period yang tersumbat. Ok, aku iyerkan dan tukar pad terus. Buat keje macam biasa.
24 Mei 2015
Sepanjang hari ni pad yang aku pakai dipenuhi dengan fresh blood. Niat dalam hati esok tengahari nak call mak tanya kenapa keluar darah banyak macam period. Tapi, perancangan Allah itu Maha Hebat.
25 Mei 2015
Hari ini, adalah klimaks kepada penceritaan ini. Waktu subuh dalam pukul 6 pagi tiba-tiba terjaga sebab rasa macam something yang besar nak keluar daripada faraj. Aku fikir mungkin banyak darah yang terkumpul since last week baru nak keluar pagi ni agaknya.
Sewaktu 'benda' besar tu nak keluar rasa sangat. Rasa slow2 dia keluar dan terus keluar laju!
Masa nak mandi pagi tu, kat toilet nak basuh pad. Then jirus air dan nampak 'benda' besar atas pad. Aku ambil dan pegang. Hati rasa tak sedap terus panggil suami. Suami tengok dan secara drastiknya terus kata gugur ke?? Sebaknya hati waktu tu bila dengar suami kata macam tu T_T.
Aku snap gambar langsung terus whatsapp kat mak dan kak long. Kak Long reply dan kata ni macam gugur dan mintak ke klinik segera. Aku bersihkan 'benda' tu dan masukkan dalam bekas untuk dibawa bersama jumpa doktor.
Aku dan suami siap-siap & decide pergi klinik desa berdekatan dengan rumah. Sampai sana doktor takde dn nurse suruh ke klinik Beranang. Suami refuse dan terus bawa ke Hospital Kajang.
Sampai sana, terus daftar dan MA mintak details & serahkan borang. Aku inform mungkin gugur. Sebak waktu ni T_T.
Masuk ke ruangan menunggu. Daftar lagi sekali. Tak lama lepas tu nama aku dipanggil dari bilik 5. Masa ni MA yang incharge aku. Mintak details berkaitan sebelum berlaku misscarriage dan check tekanan darah serta suhu badan. Then aku keluar & tunggu lagi.
Lepas tu nama aku dipanggil lagi kali ni doktor sendiri yang panggil. Dia mintak details bila last period, bila last bersama suami, berapa lama bleeding dll. Then doktor bagi bottle untuk buat urine test. Selesai.
Doktor minta tunggu kat luar sehinggalah nama aku dipanggil lagi. Kali ni nama dipanggil dan doktor serahkan borang untuk buat blood test di bilik 4 serta menyatakan urine test negatif, means rahim dah kosong. Selesai amek darah. Tunggu lagi sehingga nama dipanggil lagi.
Kali ni doktor yang sama panggil nama tetapi masuk ke bilik 2. Dalam bilik ni aku kena buat scan kat perut untuk check kalau-kalau ada yang tertinggal dalam rahim. Doktor scan tapi tak nampak dengan jelas. Dia mintak sample yang keluar dari faraj. Nak tengok sama ada complete or incomplete misscarriage. Then doktor suruh tunggu kat luar. Tunggu lagi...
Then nama dipanggil lagi oleh doktor yang sama. Kali ni dia nak bawa aku dan suami bertemu pakar sakit puan. Kami berpindah bangunan. Sebelum ni bangunan kecemasan dan trauma. Kali ni ke bangunan sakit bersalin.
Lama menanti barulah nama aku dipanggil. Kali ni doktor Goh take over case aku. Buat urine test lagi dan Dr. Goh mintak details berkaitan tarikh last period, bila start bleeding, berapa jumlah pad yang dipakai dll. Selesai buat urine test, kena buat prosedur lain pula.
Mula-mula scan perut. Pun sama still tak nampak dengan jelas. Then Dr. Goh decide nak masukkan 'clamp' dalam faraj untuk tengok sama ada berlaku pendarahan dalaman atau pun tak. Lastly, Dr. Goh masukkan pula rod scan dalam faraj nak tengok sama ada, complete or incomplete misscarriage. Lepas Dr. Goh keluarkan rod scan tu, Ya Allah..banyaknya darah! Tapi alhamdulillah, status aku complete misscarriage. Kalau tak kena D&C lah jawabnya. Urine test kali kedua pun negatif.
Maka, tersedialah jawapan bahawa aku benar-benar gugur. Aku tanya Dr. Goh janin dah berapa minggu.. Slowly she replied, 7 weeks & i got 3 days MC. Aku redha dan bersangka baik pada Allah.
Keluar dari bilik tu, suami genggam erat tangan ni. Aku tahu suami turut bersedih dan dia empati dengan aku. Baru 4 hari aku tahu ada tetamu kecil dalam rahim. Walhal tetamu kecil itu dah 7 minggu di rahim ini. Allah Maha Mengetahui, Dia ambil kembali tetamu kecil setelah diberi pinjam selama 7 minggu.. Walaupun baru 4 hari aku tahu kehadiran tetamu kecil ini. Maka, nikmat TuhanMu yang mana lagi yang ingin kau dustakan?
Sepanjang perjalanan dari Hospital Kajang ke rumah, suami sentiasa tarbiyah. Minta aku bersangka baik pada Allah. Sekurang-kurangnya kita tahu antara kita takde yang menghadapi masalah kesuburan sebab aku boleh hamil. Dan lagi buat air mata ni mengalir bila mana suami kata, "atas apa yang terjadi, semakin bertambah kasih dan sayang saya pada awak". Ya Allah, Engkau ambil janin dari rahimku, dan Engkau tambah lagi nikmat kasih sayang antara kami. Terima kasih Ya Allah!
Malamnya, aku cuci bersih janinku yang berusia 7 minggu. Aku balut dengan kain daripada t-shirt suami. Sebelum ditanam, aku cium sepuas-puasnya tanpa aku sedari air mata bergenang.
Inilah rupa janinku pada usia 7 minggu.
"Ya Allah, aku redha Engkau ambil anakku, berikanlah pahala di atas setiap keredhaanku, gantikanlah kepadaku anak yang lebih baik."
Aamiin.
Percayalah, Allah tidak akan membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupanya. Sebagai orang yang beriman, kita akan diuji untuk menilai keimanan kita. Setiap ujian yang hadir, telah tersedia hikmah di hadapannya cuma kita tak pasti dalam bentuk apa hikmah tersebut.
Bersangka baik dengan Allah adalah terapi yang paling mujarab buat hati. Terima kasih Allah! :)
ikaa.. terharu :'(
ReplyDeletetahniah ye syg atas kehamilan, itu tanda awak subur :)
takziah atas keguguran.. belum rezeki dan allah nak gantikan dgn sesuatu yg lebih baik.. insyallah..
:)