Alhamdulillah setelah sekian lama tak update any entry dalam blog ni, hari ni diberi kelapangan masa untuk menaip.
Siapa sini yang hamil & selalu mengalami masalah kaki 'cramp'? Atau istilah lain ada yang panggil simpul biawak? Haa sayalah tu...
Kalau tengah sedap tidur then rasa nak mengeliat tanpa sedar kau lunjurkan kaki ke hadapan. Zass urat-urat habis kena tarik! Menangis dalam sendu sebab taknak suami terjaga. Menahanlah keseorangan. Huarghh!!!
Lain kali jangan buat macam dalam gambar kat bawah ni.
Next check up kat Klinik Desa(KD) saya inform pada nurse yang incharge saya. So, nurse tu pun bagi tips. Lain kali kalau kena lagi buat macam ni. Tengok dalam gambar penat photoshoot tau. Huhu
Selepas beberapa hari, kejang kaki datang lagi menyerang. Terus buat macam tips yang nurse bagi. Alhamdulillah Allah izin tips yang nurse tu kongsi. Menjadi! Yelahkan kalau kita tengah tidur mana nak sedar. Tengah sedap mengeliat urat kena tarik-tarik. Masa kena tu kena lawan sebab nak tarik kaki tu ke belakang agak mencabar sikit. Tak tau nak describe macamna. Cuba dulu baru tau. Hehehe
Sekian. ;)
Ieka.. Entry ni sangat2 membantu tau. Ee sekarang dah tak cramp dah. SIlap teknik rupanya :)
ReplyDeleteAlhamdulillah, semoga bermanfaat kak ee ;)
ReplyDelete