ShakleeID: 914543 | 013-3464752 | FB:Nurul Atieka Ibrahim

** Pengedar Sah Shaklee di kawasan Batu Pahat, Johor dan penghantaran ke seluruh Malaysia, Brunei, Singapura dan Indonesia melalui PosLaju Malaysia, CityLink & GDex.

Atieka Ibrahim Dot Blogspot

Atieka Ibrahim Dot Blogspot
Barangsiapa yang bertaqwa kepada Allah nescaya Allah akan lepaskan ia dari masalah hidup dan diberikan-Nya rezeki dari sumber yang tidak diduga. Dan barangsiapa yang bertawakal kepada Allah nescaya Allah akan mencukupkan keperluannya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan (yang dikehandaki)Nya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu. (At-Thalaq 2-3)

23 October 2013

Makan 5 Kali Sehari

HyeHye...Mood nak menaip memuncak petang ni...

Makan 5 Kali Sehari, ya tajuk entry kita kali ni but more specific to preggy mommy. Preggy mommy perlu memilih diet daripada lima kumpulan makanan untuk nutrisi seimbang ibu dan baby.

Preggy mommy sangat memerlukan sokongan dan perhatian suami

Pasti ramai yang pernah dengar preggy mommy perlu makan untuk dua org tetapi sebenarnya tanggapan itu adalah salah 100%. Bukan jumlah makanan yang perlu diberikan perhatian  sebaliknya kualiti nutrisi yang perlu diberi KEUTAMAAN. 

Menurut pakar perunding diet, Indra Balaratnam, cara terbaik untuk mendapatkan bekalan nutrisi diperlukan adalah dengan mengikuti panduan pengambilan diet harian berdasarkan piramid pemakanan Malaysia.

Pengambilan nutrisi yang seimbang mengikut kadar piramid makanan yang betul

Menikmati makanan lima kali sehari dalam kuantiti berpatutan lebih baik sekiranya ia dilakukan dengan betul. Preggy mommy perlu membuat pilihan diet daripada lima kumpulan makanan yang ditetapkan agar nutrisi seimbang untuk keperluan bersama.

Pilihan untuk menggabungkan sayur-sayuran, bijiran penuh dan kekacang, protein tanpa lemak dalam pemakanan sebelum dan ketika hamil akan memberikan bayi permulaan yang kukuh dalam kehidupan mereka.

Malah, jumlah keperluan tenaga(kalori) bagi ibu hamil berbeza untuk setiap trimester kerana ia makin bertambah bersesuaian dengan perkembangan tumbesaran bayi dalam kandungan.

Tumbesaran bayi setiap bulan

Perbandingan pengambilan kalori pada setiap trimester:-

  1. Trimester pertama --> preggy mommy memerlukan 2000 kalori dalam setiap hidangan
  2. Trimester kedua --> preggy mommy memerlukan 2400 kalori dalam setiap hidangan
  3. Trimester ketiga --> preggy mommy memerlukan 2650 kalori dalam setiap hidangan
Antara keperluan nutrisi sepanjang tempoh kehamilan:-
  • PROTEIN - Ia memberi kesan kepada pertumbuhan tisu janin, termasuk otak. Ia juga membantu payudara dan tisu rahim berkembang ketika hamil dan memainkan peranan dalam membantu meningkatkan bekalan darah. {daripada sumber ikan, daging, ayam, telur. tauhu dan kekacang}
  • ZAT BESI - Sumber nutrisi ini penting bagi membantu meningkatkan jumlah pembentukan darah merah. Kekurangan zat besi ketika hamil boleh menyebabkan kelahiran bayi pramatang atau berat bayi terlalu rendah. {daripada sumber daging lembu, makanan laut, ayam, bijiran serta bayam}
    *Bagi meningkatkan kadar penyerapan zat besi, ia diambil bersama kumpulan makanan yang memiliki vitamin c seperti limau, brokoli, anggur, kentang, tembikai dan tomato.
  • ASID DOKOSAHEKSAENOIK(DHA) - Sumber ini penting bagi perkembangan otak bayi. {daripada sumber salmon, tuna, susu, buah-buahan dan sayur-sayuran}
  • ASID FOLIK - Penting untuk pembentukan saraf tunjang bayi dan jumlah disarankan adalah 600mikrogram ketika hamil. {daripada sumber oren, strawberi, limau, mangga, tomato, anggur, kiwi, tembikai, bayam, sayuran warna hijau gelap, kekacang, bijirin, telur, salad serta kubis}
  • KALSIUM - Keperluan harian kalsium ketika hamil adalah 1000 miligram sehari. Jika tidak mengambil kalsium mencukupi secara semula jadi, badan akan 'meminjam' kalsium daripada tulang anda bagi membentuk tulang janin. Ia turut membantu mengawal cecair serta membantu untuk membina tulang dan gigi baby tanpa menjejaskan keperluan kalsium sendiri. {sumber daripada susu, yogurt, keju, ikan kecil seperti ikan bilis dan kekacang}
  • PROBIOTIK - Nutrisi ini mempengaruhi komposisi serta aktiviti bakteria usus malah membantu membentuk sistem pelindung semula jadi dalam sel usus perut. {daripada sumber bijirin}
Preggy mommy juga perlu mengelakkan pengambilan makanan.minuman seperti:-
  • Alkohol
  • Minuman/makan berkafein (kopi, teh, coklat)
  • Makanan mentah (sushi, steamboat,bbq) *boleh nak ambil but make sure fully cooked!
  • Penyediaan makanan tidak bersih
  • Makanan tambahan berasaskan herba
P/s: Mengidam/keinginan yang pelik-pelik ketika hamil adalah normal kerana perubahan hormon badan yang menyebabkan citarasa wanita hamil meningkat/ berkurang.


Dapatkan SET KAHAMILAN SHAKLEE dengan harga yang berpatutan serta mampu milik daripada saya:-
.




Nurul Atieka bt Ibrahim
PENGEDAR SAH SHAKLEE ANDA(914543)
Sms 013-3464752
Setiap pembelian daripada page Shaklee In De' House akan diberikan konsultasi dan jadual pemakanan percuma. 



Terima Kasih

No comments:

Post a Comment

© Atieka Ibrahim | Template Designed By Blog Bingkisan Hati