ShakleeID: 914543 | 013-3464752 | FB:Nurul Atieka Ibrahim

** Pengedar Sah Shaklee di kawasan Batu Pahat, Johor dan penghantaran ke seluruh Malaysia, Brunei, Singapura dan Indonesia melalui PosLaju Malaysia, CityLink & GDex.

Atieka Ibrahim Dot Blogspot

Atieka Ibrahim Dot Blogspot
Barangsiapa yang bertaqwa kepada Allah nescaya Allah akan lepaskan ia dari masalah hidup dan diberikan-Nya rezeki dari sumber yang tidak diduga. Dan barangsiapa yang bertawakal kepada Allah nescaya Allah akan mencukupkan keperluannya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan (yang dikehandaki)Nya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu. (At-Thalaq 2-3)

21 October 2013

Cara Hadapi 'HomeSickness'

Bila tengok tajuk entry siapa-siapa yang pena duduk hostel pasti merasai detik-detik 'homesickness' atau istilah bahanya dipanggil kerinduan pada kampung halaman..haha, skema pulak ayatnya.. Saya sendiri turut merasainya. 5 tahun berjauhan, takdelah jauh manapun..hihi..Johor-Melaka, Johor-Selangor. Doket ya pun rindu terlebih..sudahh..Entry ni khas untuk pelajar yang masih bersekolah.



Berbalik pada tajuk entry, nak share sikit tentang Cara Menghadapi masalah 'HomeSickness':
SIMPATI
Banyak cara yang boleh dilakukan untuk mengelak daripada berterusan terjadinya rindu ini. Ibu bapa seharusnya menerapkan semangat kepada anak-anak untuk terus tinggal di asrama bagi menuntut ilmu yang tidak akan dapat di sekolah harian biasa. Ketika berjauhan, perasaan rindu kepada keluarga itu pasti datang tetapi perlu cara untuk mengatasinya.

SEMBUNYIKAN EMOSI MELAMPAU
Remaja yang bersekolah di asrama diingatkan tidak sesekali menonjolkan emosi kesedihan itu di hadapan rakan yang lain kerana ia akan membuatkan perasaan itu kian memuncak. Keadaan akan menjadi seperti anda dihantar pertama kali ke tadika. Pernah tengok budak-budak tak mahu ke sekolah? Haa macam tulah anda..haha

TERBABIT DALAM AKTIVITI 
Menyertai aktiviti tertentu dapat mengembalikan semula perasaan normal diri seseorang. Malah ia membantu mengatasi perasaan sedih dan rindu. Pertamanya, anda akan menjadi semakin sibuk dengan aktiviti yang padat seperti sukan dan acara lain yang dianjurkan pihak sekolah.

JANGAN PULANG KE RUMAH JIKA BERPELUANG
Cuba mengawal perasaan rindu untuk pulang ke rumah pada hujung minggu. Lakukan lebih banyak aktiviti lain seperti mengemas bilik asrama, menyiapkan kerja sekolah atau keluar bersama rakan lain untuk menghilangkan perasaan rindu.

RAMAI KAWAN
Hanya kerana berhijrah ke sekolah asrama, tidak bermakna anda tidak boleh melakukan aktiviti di rumah seperti biasa kerana anda ada kawan rapat yang boleh diajak bersembang dan bertukar pendapat berkaitan apa sekalipun.

TIDAK BERSENDIRIAN
Di sekolah asrama, bukan anda sahaja yang mengalami kerinduan melampau kepada keluarga namun kawan lain turut terkena tempias itu tapi mereka kelihatan bersahaja tanpa perlu berduka lara. Mungkin anda boleh berkongsi pendapat dengan sahabat lain untuk atasi perasaan rindu yang terbentuk sejak tinggal di asrama.


Ok, habis daa sharing..hihuhihu ;)





Nurul Atieka bt Ibrahim
PENGEDAR SAH SHAKLEE ANDA(914543)
Sms 013-3464752
Setiap pembelian daripada page Shaklee In De' House akan diberikan konsultasi dan jadual pemakanan percuma. 




Terima Kasih

No comments:

Post a Comment

© Atieka Ibrahim | Template Designed By Blog Bingkisan Hati