ShakleeID: 914543 | 013-3464752 | FB:Nurul Atieka Ibrahim

** Pengedar Sah Shaklee di kawasan Batu Pahat, Johor dan penghantaran ke seluruh Malaysia, Brunei, Singapura dan Indonesia melalui PosLaju Malaysia, CityLink & GDex.

Atieka Ibrahim Dot Blogspot

Atieka Ibrahim Dot Blogspot
Barangsiapa yang bertaqwa kepada Allah nescaya Allah akan lepaskan ia dari masalah hidup dan diberikan-Nya rezeki dari sumber yang tidak diduga. Dan barangsiapa yang bertawakal kepada Allah nescaya Allah akan mencukupkan keperluannya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan (yang dikehandaki)Nya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu. (At-Thalaq 2-3)

31 October 2013

Amalan Minum Air Baik Untuk Kesihatan

Air penting untuk kesihatan tubuh badan dan organ-organ yang lain
Jika ditanya kepada selebriti bagaimana mengekalkan kecantikan kulit pasti jawapan 'klise' yang sering diberikan adalah minum satu liter air sehari. Ternyata air dalam dunia kecantikan memberi sumbangan terlalu besar bagi menjaga aura pesona seorang wanita, Ia bukan sekadar penghilang dahaga, malah peranannya terhadap tubuh begitu penting termasuklah dalam soal kecantikan.

Malah ada wanita percaya dengan meminum setiap hari mampu membantu mendapatkan kulit yang cantik dan segar. Salah satu manfaat air  adalah untuk menjaga sistem metabolisme tubu manusia. Jika tidak cukup air, kulit akan cepat melalui proses penuaan disebabkan kekeringan dan kurang kelembapan.

Sebenarnya banyak manfaat air yang tidak diketahui antaranya:

Menyingkirkan Toksin
Makanan persekitaran dan solekan boleh menyebabkan badan mengumpul toksin. Cara termudah untuk mengeluarkan toksin adalah dengan minum air yang banyak. Ini kerana toksin akan mudah dikeluarkan melalui perpeluhan dan perkumuhan.

Membantu Fungsi Ginjal
Buah pinggang bekerja sepanjang hari untuk menapis cecair dalam badan. Bayangkan apabila kita minum kopi berwarna hitam, perhatikan ketika membuang air kecil, cecair yang dikeluarkan bukan berwarna hitam sebaliknya lebih jernih daripada itu. Ini menunjukkan buah pinggang berperanan membersih dan menapis air yang diminum tadi. Minum banyak air membantu meringankan tugas buah pinggang. Tanpa air yang cukup, buah pinggang perlu berkerja  lebih keras dan lama kelamaan is mudah rosak.

Melembutkan Kulit
Minum banyak air putih membantu melembutkan kulit. Air ibarat losen pada tubuh bagi menjadikan kulit lebih lembut dan mulus. Orang yang kurang minum air mudah mendapat masalah kekeringan kulit sehingga akhirnya kulit kelihatan tua sebelum waktunya.

Air Untuk Kecerdasan Dan Awet Muda
Tubuh kita memerlukan banyak air untuk melancarkan fungsi organ penting. Tanpa air mencukupi tubuh mengalami kekurangan oksigen yang akan menyebabkan individu cepat letih dan mengantuk. Minum air secukupnya untuk mencergaskan tubuh badan sekaligus otak. Otak yang cerdas menjadikan kita lebih sihat dan awet muda.

Kecantikan Mata
Membasuh mata dengan air sejuk adalah cara terbaik menjaganya agar tetap menarik dan segar selain mencegah terjadinya iritasi.

Mandi Membersihkan Kulit
Mandi dan mencuci muka dengan air adalah cara terbaik untuk menjaga kulit agar tetap bersih dan segar. Air akan membantu menghilangkan kotoran dan bahan kimia yang dapat merosakkan kulit.

Bibir Cantik Dengan Air
Minum air yang cukup dapat menjaga bibir supaya tampak lembut dan cantik. Masalah bibir pecah juga akan hilang.

Kekal Langsing
Air boleh membuatkan tubuh kekal langsing. Ini kerana aor membantu mengawal makanan ke dalam tubuh dan melancarkan pencernaan. Air adalah minuman rendah kalori namun memiliki manfaat yang besar.

Segar Selepas Mandi
Mandi secara teratur mengelak daripada jangkitan pelbagai penyakit kulit. Selain membersihkan tubuh daripada kekotoran, mandi akan membuat anda kembali segar.

Elak Bau Badan
Air membantu menjaga suhu tubuh kembali normal. Malah bagi mereka yang mempunyai masalah bau badan jika minum air yang banyak akan mencairkan keringat dan mencegah bau badan. 

Peratusan komposisi air yang diperlukan dalam tunuh badan kita

Dapatkan VITAMIN SHAKLEE dengan harga yang berpatutan serta mampu milik daripada saya:-




Nurul Atieka bt Ibrahim
PENGEDAR SAH SHAKLEE ANDA(914543)
Sms 013-3464752
Setiap pembelian daripada page Shaklee In De' House akan diberikan konsultasi dan jadual pemakanan percuma. 


Terima Kasih

No comments:

Post a Comment

© Atieka Ibrahim | Template Designed By Blog Bingkisan Hati