ShakleeID: 914543 | 013-3464752 | FB:Nurul Atieka Ibrahim

** Pengedar Sah Shaklee di kawasan Batu Pahat, Johor dan penghantaran ke seluruh Malaysia, Brunei, Singapura dan Indonesia melalui PosLaju Malaysia, CityLink & GDex.

Atieka Ibrahim Dot Blogspot

Atieka Ibrahim Dot Blogspot
Barangsiapa yang bertaqwa kepada Allah nescaya Allah akan lepaskan ia dari masalah hidup dan diberikan-Nya rezeki dari sumber yang tidak diduga. Dan barangsiapa yang bertawakal kepada Allah nescaya Allah akan mencukupkan keperluannya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan (yang dikehandaki)Nya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu. (At-Thalaq 2-3)

31 October 2013

Amalan Minum Air Baik Untuk Kesihatan

Air penting untuk kesihatan tubuh badan dan organ-organ yang lain
Jika ditanya kepada selebriti bagaimana mengekalkan kecantikan kulit pasti jawapan 'klise' yang sering diberikan adalah minum satu liter air sehari. Ternyata air dalam dunia kecantikan memberi sumbangan terlalu besar bagi menjaga aura pesona seorang wanita, Ia bukan sekadar penghilang dahaga, malah peranannya terhadap tubuh begitu penting termasuklah dalam soal kecantikan.

Malah ada wanita percaya dengan meminum setiap hari mampu membantu mendapatkan kulit yang cantik dan segar. Salah satu manfaat air  adalah untuk menjaga sistem metabolisme tubu manusia. Jika tidak cukup air, kulit akan cepat melalui proses penuaan disebabkan kekeringan dan kurang kelembapan.

Sebenarnya banyak manfaat air yang tidak diketahui antaranya:

Menyingkirkan Toksin
Makanan persekitaran dan solekan boleh menyebabkan badan mengumpul toksin. Cara termudah untuk mengeluarkan toksin adalah dengan minum air yang banyak. Ini kerana toksin akan mudah dikeluarkan melalui perpeluhan dan perkumuhan.

Membantu Fungsi Ginjal
Buah pinggang bekerja sepanjang hari untuk menapis cecair dalam badan. Bayangkan apabila kita minum kopi berwarna hitam, perhatikan ketika membuang air kecil, cecair yang dikeluarkan bukan berwarna hitam sebaliknya lebih jernih daripada itu. Ini menunjukkan buah pinggang berperanan membersih dan menapis air yang diminum tadi. Minum banyak air membantu meringankan tugas buah pinggang. Tanpa air yang cukup, buah pinggang perlu berkerja  lebih keras dan lama kelamaan is mudah rosak.

Melembutkan Kulit
Minum banyak air putih membantu melembutkan kulit. Air ibarat losen pada tubuh bagi menjadikan kulit lebih lembut dan mulus. Orang yang kurang minum air mudah mendapat masalah kekeringan kulit sehingga akhirnya kulit kelihatan tua sebelum waktunya.

Air Untuk Kecerdasan Dan Awet Muda
Tubuh kita memerlukan banyak air untuk melancarkan fungsi organ penting. Tanpa air mencukupi tubuh mengalami kekurangan oksigen yang akan menyebabkan individu cepat letih dan mengantuk. Minum air secukupnya untuk mencergaskan tubuh badan sekaligus otak. Otak yang cerdas menjadikan kita lebih sihat dan awet muda.

Kecantikan Mata
Membasuh mata dengan air sejuk adalah cara terbaik menjaganya agar tetap menarik dan segar selain mencegah terjadinya iritasi.

Mandi Membersihkan Kulit
Mandi dan mencuci muka dengan air adalah cara terbaik untuk menjaga kulit agar tetap bersih dan segar. Air akan membantu menghilangkan kotoran dan bahan kimia yang dapat merosakkan kulit.

Bibir Cantik Dengan Air
Minum air yang cukup dapat menjaga bibir supaya tampak lembut dan cantik. Masalah bibir pecah juga akan hilang.

Kekal Langsing
Air boleh membuatkan tubuh kekal langsing. Ini kerana aor membantu mengawal makanan ke dalam tubuh dan melancarkan pencernaan. Air adalah minuman rendah kalori namun memiliki manfaat yang besar.

Segar Selepas Mandi
Mandi secara teratur mengelak daripada jangkitan pelbagai penyakit kulit. Selain membersihkan tubuh daripada kekotoran, mandi akan membuat anda kembali segar.

Elak Bau Badan
Air membantu menjaga suhu tubuh kembali normal. Malah bagi mereka yang mempunyai masalah bau badan jika minum air yang banyak akan mencairkan keringat dan mencegah bau badan. 

Peratusan komposisi air yang diperlukan dalam tunuh badan kita

Dapatkan VITAMIN SHAKLEE dengan harga yang berpatutan serta mampu milik daripada saya:-




Nurul Atieka bt Ibrahim
PENGEDAR SAH SHAKLEE ANDA(914543)
Sms 013-3464752
Setiap pembelian daripada page Shaklee In De' House akan diberikan konsultasi dan jadual pemakanan percuma. 

30 October 2013

Manfaat Vitamin E Shaklee

Vitamin E semula jadi untuk kesihatan jantung, otak, kolon, prostat dan sistem imun
Jom kenali Vita-E Complex Shaklee... ;)
Vitamin E sejenis antioksidan kuat yang boleh larut dalam lemak di mana ia menyokong kesihatan jantung, otak dan prostat di samping meningkatkan fungsi peparu, kolon dan keimunan. Satu kajian yang dijalankan oleh sekumpulan penyelidik di Universiti Tufts menunjukkan bahawa pengambilan vitamin E berupaya meningkatkan fungsi keimunan pada warga tua. 

Saya dah consume 2 botol vitamin E Shaklee. Anda bila lagi? Kesannya? Biidznillah, SUPERB!!!

Vita-E Complex Shaklee mengandungi sebanyak 120 capsule dan bertahan sehingga 4 bulan! Woahhh!
Satu kapsul gel lembut bagi setiap Vita-E Shaklee membekalkan:
# 400 IU vitamin E daripada sumber semula jadi
# 10 mcg selenium sebagai pelengkap bagi menyempurnakan aktiviti vitamin E


Nak tau apa manfaat Vita-E Complex yg SUPERB ni??? Jom, baca...

- Mengandungi antioksidan yang mana membaiki peredaran darah dalam badan, menjadikan wajah lebih berseri dan tidak kusam serta secara tak langsung kulit lebih bersih daripada jerawat dan jeragat

- Melambatkan proses penuaan (bonus bila dah berusia nanti..nampak muda dari usia..hihi)

- Mencegah pertumbuhan abnormal sel seperti kanser dan cysts. Vita-E Shaklee bertindak dengan cara melancarkan saraf dalam tubuh badan kita

- Selain itu, ia juga dapat mengurangkan kesakitan sewaktu PMS datang. So, sangat bagus untuk anda yang PMS sampai tak cukup katil nak golek-golek :p

- Vita-E juga banyak kebaikan untuk wanita selepas bersalin yang menyusukan bayi. Bagaimana ianya berfungsi? Ia berfungsi dengan mengurangkan bengkak susu sekiranya diambil secara konsisten. Puting susu yang luka akibat hisapan bayi anda juga dapat recover dengan cepat dan dapat mengurangkan stretch mark yang kurang cantik di perut

- Dapat memudarkan parut luka 

- Baik untuk kesihatan jantung yang mana Vita-E ni mengembangkan pembuluh darah dan menghalang pembentukan darah beku daripada berlaku

- Membantu memulihkan masalah pigmentasi kulit. Vita-E dapat mencerahkan kawasan areolar yang bertambah hitam (bagi wanita lepas bersalin)

- Mampu membantu mendapatkan rambut yang cantik, sihat dan lebat

Psst..bukan tu je..Vita-E Complex Shaklee juga dikenali sebagai VITAMIN CINTA =)


Kenapa saya katakan begitu??? Sebab ia mampu meningkatkan pengeluaran air mani bagi lelaki..dan membantu masalah kedinginan antara suami isteri..haa, sesuailah sangat untuk pasangan yang sering hadapi 
masalah bersama dengan pasangan. Tak salah kita mencubakan?

Bukan tu je.. Vita-E Complex Shaklee ni jugak boleh dibuat masker..haa, nape x caya ker? Harus percaya sebab saya dah pun lakukannya.. Memang best kulit muka..anjal, lembut dan rasa kulit muka 'fresh' giler! Saya pena buat masker dengan gabungkan Vita-E + ESP and sometimes just buat masker dgn Vita-E jer..mudah, mudah semudah A, B,C....


Cubalah baru tau best tak best kulit muka lepas tu
Mudahkan?

P/s: Kalau consume ESP+Vita-E kesannya memang SUPERB untuk kecantikan kulit anda.



Dapatkan VITAMIN SHAKLEE dengan harga yang berpatutan serta mampu milik daripada saya:-




Nurul Atieka bt Ibrahim
PENGEDAR SAH SHAKLEE ANDA(914543)
Sms 013-3464752
Setiap pembelian daripada page Shaklee In De' House akan diberikan konsultasi dan jadual pemakanan percuma. 

29 October 2013

Manggis Kaya Vitamin C Baik Untuk Wanita Hamil

Buah manggis mampu menegangkan kulit wajah

Buah-buahan sangat penting untuk ibu mengandung bagi membekalkan pelbagai khasiat kepada si ibu dan janin dalam kandungan. Manggis antara buah-buahan tempatan yang kaya khasiat dan sangat baik untuk wanita hamil.

Manggis mengandungi zat folat yang dapat mencegah kecacatan janin khususnya pada bahagian tulang belakang, bibir sumbing dan jantung. Manggis memberi zat untuk membentuk sistem kerangka tulang rawan janin.

Selain itu, vitamin C pada buah manggis dapat melindungi ibu dan bayi daripada kerosakan sel dan bermanfaat menjaga sistem imun ibu. Vitamin C juga dapat mengurangkan risiko tekanan yang membahayakan janin. 

Untuk kelihatan cantik, ibu hamil perlu mengamalkan pengambilan buah ini kerana ia dapat menegangkan kulit wajah.



Dapatkan SET KAHAMILAN SHAKLEE dengan harga yang berpatutan serta mampu milik daripada saya:-




Nurul Atieka bt Ibrahim
PENGEDAR SAH SHAKLEE ANDA(914543)
Sms 013-3464752
Setiap pembelian daripada page Shaklee In De' House akan diberikan konsultasi dan jadual pemakanan percuma. 

27 October 2013

Manfaat Alfalfa Complex Shaklee

Alfafa Complex Shaklee mempunyai dua saiz iaitu 330 tablets dan 700 tablets
Sape dah consume Alfalfa? Angkat kening..yeah, best consume Alfalfa ni, berangin je rasa sbb ada pepermint. Jom kenali Alfafa dengan lebih dekat.

Alfalfa Shaklee ini merupakan vitamin pertama yang dicipta oleh Dr. Forrest C Shaklee pada tahun 1950 an dan yang paling istimewanya Alfalfa merupakan satu-satunya vitamin yang mempunyai signature Shaklee Corporation.

Persoalannya, mengapakah Dr. Shaklee memilih vitamin Alfalfa Complex sebagai produknya yang pertama? Bagi masyarakat barat, tumbuhan Alfalfa merupakan herba tradisional dan mereka menggunakannya untuk pelbagai jenis keadaan kesihatan terutamanya bagi wanita selepas melahirkan anak. Oleh sebab Alfalfa mempunyai banyak manfaat kepada semua golongan iaitu kaum wanita, lelaki dan kanak-kanak, maka Dr. Shaklee telah merumuskan formula tumbuhan Alfalfa menjadi Alfalfa Complex Shaklee yang unggul dan memberi berbilion kebaikan kepada kita.

Manfaat apabila kita menggunakan Alfalfa:

  • Kaya dengan vitamin serta mineral
    --> Dalam Alfalfa Shaklee mengandungi pelbagai vitamin dan mineral seperti vitamin B, C, E, dan K dalam jumlah yang seimbang. Ia juga turut mengandungi mineral seperti kalsium, magnesium, kalium, fosforus dan juga zat besi. Antara lain, Alfalfa Shaklee mengandungi flourida, protein, mineral surih, asid lemak dan juga bertindak sebagai antioksidan.
  • Alfalfa bermanfaat dalam penyerapan protein dan karbohidrat
  • Alfalfa juga bertindak sebagai pembersih darah
Ha, kat bawah ni pulak manfaat Alfalfa Shaklee kepada kesihatan kita
  1. Merawat gangguan pencernaan
  2. Mengawal kolestrol dalam darah
  3. Maenghapuskan kolestrol jahat 'LDL' dalam tubuh
  4. Mengurangkan risiko penyakit jantung dan strok
  5. Sesuai untuk pesakit diabetes kerana mengurangkan paras gula dalam darah
  6. Mencegah edema iaitu pengumpulan air dalam badan
  7. Mengurangkan simptom menopous
  8. Merawat penyakit asma atau semput dan masalah pernafasan yang lain
  9. Merawat masalah sembelit
  10. Menyah toksik dalam badan
  11. Mengurangkan kesakitan otot dan sendi
  12. Meningkatkan sistem pertahanan tubuh
  13. Membantu masalah penghadaman
  14. Membantu memperbayak susu ibu
  15. Mengurangkan masalah pundi kencing
  16. Mengurangkan masalah gastrik dan gangguan hati
  17. Meningkatkan kesihatan prostat
  18. Bertindak seperti kacip fatimah kepada wanita
  19. Menghangatkan hubungan suami isteri
  20. Membantu meningkatkan kesihatan lelaki
Apa lagi keistimewaan Alfalfa Shaklee ni???
  • Sumber terbaik daripada tumbuhan Alfalfa (tanpa akar dan batang)
  • Sumber Alfalfa yang ditanam tanpa semburan bahan kimia
  • Alfalfa shaklee terdapat dalam dua saiz iaitu 330 tablets dan 700 tablets
  • Tablet Alfalfa Shaklee boleh dihancurkan dan dicampur dengan airsebagai minuman herba semula jadi
  • Tidak memberi mudarat kepada bayi yang menyusu susu badan seperti panas atau cirit-birit
  • Alfalfa Shaklee tiada perasa tiruan, pemanis, pewarna tambahan dan pengawet tiruan
  • Membantu melengkapkan zat dan nutrien dalam pemakanan mereka yang mengambil Alfalfa Shaklee
Semoga bermanfaat :) Nak order Alfalfa Shaklee dengan harga berpatutan? Hubungi saya seperti di bawah:-




Nurul Atieka bt Ibrahim
PENGEDAR SAH SHAKLEE ANDA(914543)
Sms 013-3464752
Setiap pembelian daripada page Shaklee In De' House akan diberikan konsultasi dan jadual pemakanan percuma. 

23 October 2013

Makan 5 Kali Sehari

HyeHye...Mood nak menaip memuncak petang ni...

Makan 5 Kali Sehari, ya tajuk entry kita kali ni but more specific to preggy mommy. Preggy mommy perlu memilih diet daripada lima kumpulan makanan untuk nutrisi seimbang ibu dan baby.

Preggy mommy sangat memerlukan sokongan dan perhatian suami

Pasti ramai yang pernah dengar preggy mommy perlu makan untuk dua org tetapi sebenarnya tanggapan itu adalah salah 100%. Bukan jumlah makanan yang perlu diberikan perhatian  sebaliknya kualiti nutrisi yang perlu diberi KEUTAMAAN. 

Menurut pakar perunding diet, Indra Balaratnam, cara terbaik untuk mendapatkan bekalan nutrisi diperlukan adalah dengan mengikuti panduan pengambilan diet harian berdasarkan piramid pemakanan Malaysia.

Pengambilan nutrisi yang seimbang mengikut kadar piramid makanan yang betul

Menikmati makanan lima kali sehari dalam kuantiti berpatutan lebih baik sekiranya ia dilakukan dengan betul. Preggy mommy perlu membuat pilihan diet daripada lima kumpulan makanan yang ditetapkan agar nutrisi seimbang untuk keperluan bersama.

Pilihan untuk menggabungkan sayur-sayuran, bijiran penuh dan kekacang, protein tanpa lemak dalam pemakanan sebelum dan ketika hamil akan memberikan bayi permulaan yang kukuh dalam kehidupan mereka.

Malah, jumlah keperluan tenaga(kalori) bagi ibu hamil berbeza untuk setiap trimester kerana ia makin bertambah bersesuaian dengan perkembangan tumbesaran bayi dalam kandungan.

Tumbesaran bayi setiap bulan

Perbandingan pengambilan kalori pada setiap trimester:-

  1. Trimester pertama --> preggy mommy memerlukan 2000 kalori dalam setiap hidangan
  2. Trimester kedua --> preggy mommy memerlukan 2400 kalori dalam setiap hidangan
  3. Trimester ketiga --> preggy mommy memerlukan 2650 kalori dalam setiap hidangan
Antara keperluan nutrisi sepanjang tempoh kehamilan:-
  • PROTEIN - Ia memberi kesan kepada pertumbuhan tisu janin, termasuk otak. Ia juga membantu payudara dan tisu rahim berkembang ketika hamil dan memainkan peranan dalam membantu meningkatkan bekalan darah. {daripada sumber ikan, daging, ayam, telur. tauhu dan kekacang}
  • ZAT BESI - Sumber nutrisi ini penting bagi membantu meningkatkan jumlah pembentukan darah merah. Kekurangan zat besi ketika hamil boleh menyebabkan kelahiran bayi pramatang atau berat bayi terlalu rendah. {daripada sumber daging lembu, makanan laut, ayam, bijiran serta bayam}
    *Bagi meningkatkan kadar penyerapan zat besi, ia diambil bersama kumpulan makanan yang memiliki vitamin c seperti limau, brokoli, anggur, kentang, tembikai dan tomato.
  • ASID DOKOSAHEKSAENOIK(DHA) - Sumber ini penting bagi perkembangan otak bayi. {daripada sumber salmon, tuna, susu, buah-buahan dan sayur-sayuran}
  • ASID FOLIK - Penting untuk pembentukan saraf tunjang bayi dan jumlah disarankan adalah 600mikrogram ketika hamil. {daripada sumber oren, strawberi, limau, mangga, tomato, anggur, kiwi, tembikai, bayam, sayuran warna hijau gelap, kekacang, bijirin, telur, salad serta kubis}
  • KALSIUM - Keperluan harian kalsium ketika hamil adalah 1000 miligram sehari. Jika tidak mengambil kalsium mencukupi secara semula jadi, badan akan 'meminjam' kalsium daripada tulang anda bagi membentuk tulang janin. Ia turut membantu mengawal cecair serta membantu untuk membina tulang dan gigi baby tanpa menjejaskan keperluan kalsium sendiri. {sumber daripada susu, yogurt, keju, ikan kecil seperti ikan bilis dan kekacang}
  • PROBIOTIK - Nutrisi ini mempengaruhi komposisi serta aktiviti bakteria usus malah membantu membentuk sistem pelindung semula jadi dalam sel usus perut. {daripada sumber bijirin}
Preggy mommy juga perlu mengelakkan pengambilan makanan.minuman seperti:-
  • Alkohol
  • Minuman/makan berkafein (kopi, teh, coklat)
  • Makanan mentah (sushi, steamboat,bbq) *boleh nak ambil but make sure fully cooked!
  • Penyediaan makanan tidak bersih
  • Makanan tambahan berasaskan herba
P/s: Mengidam/keinginan yang pelik-pelik ketika hamil adalah normal kerana perubahan hormon badan yang menyebabkan citarasa wanita hamil meningkat/ berkurang.


Dapatkan SET KAHAMILAN SHAKLEE dengan harga yang berpatutan serta mampu milik daripada saya:-
.




Nurul Atieka bt Ibrahim
PENGEDAR SAH SHAKLEE ANDA(914543)
Sms 013-3464752
Setiap pembelian daripada page Shaklee In De' House akan diberikan konsultasi dan jadual pemakanan percuma. 


22 October 2013

Kehebatan Alfalfa Complex Shaklee

Haihaihai readers..
Woww tajuk entry macam kebaboom gitu.. Nak habaq mai, cheq turun berat badan sebanyak 3kg dengan hanya consume Alfalfa Shaklee + sometimes minum Cinch Shake Mix...

Haa, jom terjah. macam tak percaya tapi kena percaya jugak.. it WORKS to me! 3 minggu je!!! Thank you Allah, thank you Shaklee!!!

Alkisahnya macam ni lah, masa Raya Haji yg lepas, kira seminggu yg lepas la.. pegi hantar ketupat kat uma pakcik.. and wooww ada penimbang. Apalagi try la timbang. And woww again! 50 kg????? eh, betul ke tipu ni??? senyum girang dalam hati beratku sudah turun..haha..patut rasa ringan je badan ni.. almaklumlah sehari 2-3x jugak membuang. Mana xringan badan tu. Syukur, syukur, syukur... Another 5 kg to loss! Chaiyok, Gambate kudasai Ieka-san! (alahai, rindu pulak nk bljar bahasa Jepun).

Haa, ni lah dia Alfalfa Complex tu..nampak tak yg botol wane cream belakang tu? Tu lah Cinch Shake Mix, kadang2 je amek sbb malas nak bancuh..hihuhihu!

Now, nak share cara makan step by step:- ni cara saya lah tau

  1. Niat kena betul; Ya Allah, hilangkanlah lemak2 di dalam badanku agar aku mudah nak lakukan amal ibadat (bila badan berat kita cepat penat n mengah rite?), hilangkanlah lemak2 yg aku tak nak agar mudah aku mencari pakaian bagi menutup aurat dgn sempurna (sometimes even kita pkai bju besar pun still boleh nampak bentuk badan kita)..dan seterusnya terpulang pada niat anda.
  2. Make sure telan Alfalfa Complex setiap kali SEBELUM/SELEPAS makan berat like nasi/mee/makanan berlemak/berminyak.
    *SEBELUM --> Untuk tahan nafsu makan yg membuak-buak
    *SELEPAS --> Fungsi sebagai 'detox'
    *Amek 3-4 biji setiap kali makan (600ml air utk setiap kali makan)
  3. Minum air masak/mineral secukupnya. At least 3L per day(WAJIB!) Yela, komposisi dalam badan kita pun peratusan yg paling tinggi adalah air rite? Tak kira lah anda makan suplemen/tak air masak/mineral wajib diminum setiap hari. Bab air saya sangat strict, sehari WAJIB 3litre!
  4. Then, anda akan kerap ke tandas sebab dah minum banyak air tdkan?hehe, next minum air lagi biar mudah Alfalfa nak meresap dalam badan.
  5. Lepas tu, ada rasa nak membuang..hihuihu..selamat membuang..
Ok, dah cukup sharing tentang kurus saya dengan ALFALFA COMPLEX...Jom dapatkan sekarang!!! Nak lagi superb amek OMEGA GUARD kalau nak slow sikit amek LECHITIN.. hee

P/s: Sehari sekali je makan nasi, waktu lunch. Pagi breakfast macam biasa, malam just makan buah/biskut.




 **Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit


Ingin menjana pendapatan 2,3,4,5 angka hanya di hujung jari?


Hubungi saya untuk keterangan lanjut:-









Nurul Atieka bt Ibrahim
PENGEDAR SAH SHAKLEE ANDA(914543)
Sms 013-3464752
Setiap pembelian daripada page Vitamins In De' House akan diberikan konsultasi dan jadual pemakanan percuma. 





21 October 2013

Cara Hadapi 'HomeSickness'

Bila tengok tajuk entry siapa-siapa yang pena duduk hostel pasti merasai detik-detik 'homesickness' atau istilah bahanya dipanggil kerinduan pada kampung halaman..haha, skema pulak ayatnya.. Saya sendiri turut merasainya. 5 tahun berjauhan, takdelah jauh manapun..hihi..Johor-Melaka, Johor-Selangor. Doket ya pun rindu terlebih..sudahh..Entry ni khas untuk pelajar yang masih bersekolah.



Berbalik pada tajuk entry, nak share sikit tentang Cara Menghadapi masalah 'HomeSickness':
SIMPATI
Banyak cara yang boleh dilakukan untuk mengelak daripada berterusan terjadinya rindu ini. Ibu bapa seharusnya menerapkan semangat kepada anak-anak untuk terus tinggal di asrama bagi menuntut ilmu yang tidak akan dapat di sekolah harian biasa. Ketika berjauhan, perasaan rindu kepada keluarga itu pasti datang tetapi perlu cara untuk mengatasinya.

SEMBUNYIKAN EMOSI MELAMPAU
Remaja yang bersekolah di asrama diingatkan tidak sesekali menonjolkan emosi kesedihan itu di hadapan rakan yang lain kerana ia akan membuatkan perasaan itu kian memuncak. Keadaan akan menjadi seperti anda dihantar pertama kali ke tadika. Pernah tengok budak-budak tak mahu ke sekolah? Haa macam tulah anda..haha

TERBABIT DALAM AKTIVITI 
Menyertai aktiviti tertentu dapat mengembalikan semula perasaan normal diri seseorang. Malah ia membantu mengatasi perasaan sedih dan rindu. Pertamanya, anda akan menjadi semakin sibuk dengan aktiviti yang padat seperti sukan dan acara lain yang dianjurkan pihak sekolah.

JANGAN PULANG KE RUMAH JIKA BERPELUANG
Cuba mengawal perasaan rindu untuk pulang ke rumah pada hujung minggu. Lakukan lebih banyak aktiviti lain seperti mengemas bilik asrama, menyiapkan kerja sekolah atau keluar bersama rakan lain untuk menghilangkan perasaan rindu.

RAMAI KAWAN
Hanya kerana berhijrah ke sekolah asrama, tidak bermakna anda tidak boleh melakukan aktiviti di rumah seperti biasa kerana anda ada kawan rapat yang boleh diajak bersembang dan bertukar pendapat berkaitan apa sekalipun.

TIDAK BERSENDIRIAN
Di sekolah asrama, bukan anda sahaja yang mengalami kerinduan melampau kepada keluarga namun kawan lain turut terkena tempias itu tapi mereka kelihatan bersahaja tanpa perlu berduka lara. Mungkin anda boleh berkongsi pendapat dengan sahabat lain untuk atasi perasaan rindu yang terbentuk sejak tinggal di asrama.


Ok, habis daa sharing..hihuhihu ;)





Nurul Atieka bt Ibrahim
PENGEDAR SAH SHAKLEE ANDA(914543)
Sms 013-3464752
Setiap pembelian daripada page Shaklee In De' House akan diberikan konsultasi dan jadual pemakanan percuma. 



09 October 2013

NUTRIFERON SHAKLEE

Apa itu Nutriferon???

NutriFeron terbukti secara klinikal terdiri daripada gabungan ekstrak tumbuhan yang mengukuhkan sistem imun. NutriFeron menstimulasikan setiap sel di dalam badan kita untuk menghasilkan interferon aslinya sendiri.

Apakah interferon? Interferon ditemui oleh Dr. Yasuhiko Kojima pada tahun 1954, iaitu bahan semulajadi yang dihasilkan oleh setiap sel badan. Ianya diaktifkan setiap kali sel dijangkiti oleh mikrob, virus, sel kanser dan lain-lain.

Interferon ditemui oleh Dr. Yasuhiko Kojima pada tahun 1954


Siapa yang perlukan Nutriferon???

1. Sesiapa sahaja yang berumur melebihi 12 tahun yang gaya hidupnya amat sibuk, tekanan gaya hidup menyebabkan system imun individu ini seringkali mengalami serangan yang berterusan
2. Individu yang ingin proaktif di dalam mengoptimumkan respons imun mereka terhadap iritasi alam sekitar dan juga pencemaran udara
3. Individu yang ingin mengekalkan prestasi sistem imun mereka di tahap yang maksimum
4. Individu yang berumur, yang sedemikian terdedah kepada kekurangan imuniti
5. Individu yang diet mereka tidak optimum
6. Individu yang sering tertekan/hidup dalam tekanan
7. Individu yang gaya hidupnya tidak/kurang aktif

Anak, ayah, mak, adik, abang, kakak, isteri sering demam? Seleseme? Resdung? Dapatkan Nutriferon Shaklee sebagai perisai di rumah anda!

Kenapa perlu Nutriferon?

Untuk kegunaan harian, NutriFeron meningkatkan pengeluaran interferon semulajadi badan iaitu suatu pengaktif kritikal sistem imun.

NutriFeron berfungsi di dalam peringkat selular sel dalam dua cara iaitu:
  1. Mengaktifkan sistem pertahanan imun dengan aktif/cepat
  2. Menggerakkan 'pasukan cari dan musnah' dalam sistem imuniti badan
Interferon membantu melindungi kita daripada pendedahan harian terhadap beribu penceroboh asing yang boleh membawa kepada penyakit serius dan penyakit.

Oleh itu, perlu bagi kita untuk menolong badan kita membantu diri kita sendiri dan itulah tujuan Nutriferon -->
untuk merangsang setiap sel badan untuk menghasilkan lebih banyak interferon asli untuk menyediakan badan kita perlindungan dengan tahap yang lebih tinggi dalam skop yang luas terhadap serangan selsema, virus dsb.


Kenapa Nutriferon Shaklee?

1. Meningkatkan tahap interferon secara semulajadi – Saintis telah mengenalpasti interferon sebagai satu faktor penting penyumbang kepada fungsi imun yang sihat. Nutriferon adalah satu-satunya supplemen tambahan di US yang dihasilkan oleh immunologist yang menjumpai interferon yang meningkatkan pengeluaran interferon di dalam badan secara semulajadi.

2. Dihasilkan oleh individu yang menjumpai Interferon - Dr. Yasuhiko Kojima, imunologi dunia yang terkenal yang telah menemui interferon pada tahun 1954, telah melakukan penyelidikan berdedikasi selama empat puluh tahun untuk mencari sebatian semulajadi yang akan memberi rangsangan kepada pengeluaran interferon. Nutriferon daripada Shaklee adalah satu-satunya supplemen perlindungan di US.

3. Penyelidikan selama 40 tahun – Selepas 40 tahun melakukan ujian yang teliti dan melibatkan percubaan bertan-tan kandungan sebatian semulajadi dan herba, Dr. Kojima membangunkan campuran unik empat elemen berkuasa sayur-sayuran yang meningkatkan pengeluaran semulajadi interferon badan.

4. Campuran interferon yang dipatenkan – Elemen tumbuh-tumbuhan penggalak. NutriFeron mempunyai MACH, 1 campuran interferon drpd ekstrak tumbuhan yg telah dipatenkan formula ekslusif yang mengandungi ekstrak labu, ekstrak safflower, ekstrak benih Asian Plantain dan ekstrak bunga Japanese Honeysuckl.

Antara bahan yang digunakan dalam Nutriferon Shaklee

5. Disokong oleh 4 kajian klinikal ke atas manusia- 4 kajian klinikal yang dikeluarkan mengesahkan kesihatan luarbiasa dan sokongan imunisasi hasil manfaat daripada campuran ekstrak proprietari yang ditemui di NutriFeron.

6. Formula eksklusif dilindungi oleh tiga paten - Nutriferon disokong oleh tiga paten dan hanya boleh didapati melalui Shakee dan Independent Distributor Shaklee sahaja. Formula yang unik dan berpaten ini hanya eksklusif di Shaklee.

7. Dibuat menepati piawaian kualiti yang terbaik – Supplemen tambahan yang berkesan, NutriFeron telah melalui ujian sistematik yang ketat untuk keselamatan, kesucian, potensi, dan prestasinya.


Dapatkan Nutriferon Shaklee dengan menghubungi saya seperti yang tertera di bawah. Harga mampu milik. Anda juga boleh manfaatkan SID saya iatu 914543 untuk mendapatkan harga keahliaan sekiranya mahu membeli secara walk-in di mana-mana branch atau HQ. Jimat berbaloi-baloi...




Nurul Atieka bt Ibrahim
PENGEDAR SAH SHAKLEE ANDA(914543)
Sms 013-3464752
Setiap pembelian daripada page Shaklee In De' House akan diberikan konsultasi dan jadual pemakanan percuma. 

08 October 2013

Promosi Shaklee: Collagen Powder

Salam readers! Alhamdulillah, tak sangka tragedi oktober kali ni berderu-deru org sana-sini tnya itu tnya ini, sampai xmenang jari nak menaip membalas pm/msj.. ;)

Apa yg bestnya bulan 10 dgn SHAKLEE??? Aaaa, biar pic berbicara..

Akhir bulan 9 yg lepas kami dikejutkan dgn news...VITA-C 500mg BAKAL RESTOCK END OF OCTOBER! Setahun Vita-C 500mg ini kehabisan stok dan akhirnya ia muncul kembali. Berapa ramai pengguna tegar Vita-C 500mg ini bertanya khabar bila Vita-C 500mg nak ada kembali??? Kadang-kadang berhabis idea nak menerangkan keadaan sebenar, fenomena apakah yg sedang berlaku hingga ramai yg tercari-cari Vita-C 500mg???

Yess!! Pre-order Vita-C 500mg dibuka kpd anda yg berminat. Tiada jaminan bekalan tanpa pre-order!

Dan minggu lepas dikejutkan pula PROMOSI BULANAN SHAKLEE iaitu COLLAGEN POWDER SHAKLEE(CPS)! Setahun sekali je promosi CPS ni! bagaimana seperti tahun-tahun sebelumnya berapa banyak unit CPS terjual gara-gara keberkesanannya. Paling best ianya sumber semula jadi tanpa bahan kimia.
Selamat, Berkesan & Semulajadi
Harga CPS rm298 kini jatuh menjunam Rm20+.00

BERGEBU-GEBULAH WANITA MALAYSIA, FUHH BILA CPS BERGABUNG DENGAN VITA-C 500mg MELETUP KEBABOOM KEGEBUANNYA!

Dan semalam dapat news, HERB-LAX pula restock setelah lama menghilang. Apa bestnya HERB-LAX ni???
Meh nak kongsi:

  • Memudahkan pergerakan usus dan menghindarkan sembelit
  • Memudahkan fungsi usus
  • Menghilangkan jeragat
  • Menghilangkan bau badan 
  • Dan banyak lagi....
Tak sampai Rm50 pun..Murah, murah dan mampu milik!

Testimoni sendiri:

 Sebulan saya consume Herb-lax dan bergabung dgn lechitin berat badan saya turun sebanyak 3kg! 

Limited 2 bottles only per distributor/per transaction/per month



 Siapa cepat dia dapat :)




Nurul Atieka bt Ibrahim
PENGEDAR SAH SHAKLEE ANDA(914543)
Sms 013-3464752
Setiap pembelian daripada page Shaklee In De' House akan diberikan konsultasi dan jadual pemakanan percuma. 

07 October 2013

Bergebu-gebu dengan COLLAGEN POWDER SHAKLEE!!!

Salam dear readers! Hari ni saya nak kongsikan tentang bahan-bahan yang terkandung di dalam Collagen Shaklee yg menjadikan wanita Malaysia berGEBU-GEBU...

Collagen Powder Shaklee(CPS) ini mengandungi 4000mg proprietari kolagen RSS (Red Snapper Scale), kolagen daripada ekstrak sisik ikan merah sebagai BAHAN UTAMA kerana kemampuan spesies hebat ini bertahan hidup di bawah tekanan tinggi dan bertelur bebas di kedalaman laut sedalam 5000meter di samping molekul kolagennya yg ringan iaitu 1000Dalton yg mudah diserap dermis.

SCP daripada sisik ikan merah

SCP ini juga turut diformulasikan daripada gabungan tujuh ekstrak bahan lebat seperti biji Camellia Japonica, biji Pfaffia, kulit kerang laut, Vitamin C, B2, B6 dan Acidophilus, produk ini juga ditambah Asid Hyaluronik untuk mengekalkan kelembapan kulit dan Elastin yg berperanan menjadikan kulit lebih anjal.

SCP HEBAT MEMULIHKAN KULIT!!!
Melalui kajian klinikal, pengambilan produk SCP selama LAPAN MINGGU BERTUTUT-TURUT secara teratur mampu memberi tindak balas seperti berikut:

  • Meningkatkan kelembapan kulit sehingga 90 peratus
  • Mengurangkan kekasaran dan kekeringan sehingga 75 peratus
  • Peningkatan dalam penampilan keseluruhan sehingga 71 peratus
  • Meningkatkan kelembutan dan kelicinan sehingga 60 peratus
  • Meningkatkan pemakaian kekal mekap sehingga 60 peratus
  • Meningkatkan keanjalan, ketegangan, dan elastisiti sehingga 55 peratus
  • Meningkatkan ketebalan rambut sehingga 54 peratus
  • Meningkatkan keserian, ton dan warna kulit sehingg 50 peratus
  • Mengurangkan garis halus dan kedutan sehingga 18 peratus

7 KESAN LANGSUNG PADA FIZIKAL
  
 ANTIPENUAAN- Mengurangkan liang-liang pori, kedutan dan garis halus
 MENGEMBALIKAN KEANJALAN
 MELICINKAN- Meningkatkan kelicinan kulit
 MENYUBURKAN- Menyuburkan rambutdan kuku yang sihat
 MENCERAHKAN- Mengurangkan pigmentasi, jerawat dan kulit tidak sekata
 MENEGANG- Membantu menegang dan menganjalkan payu dara

Kesan kekurangan kolagen dalam tubuh manusia seiring dengan pertambahan usia

Beberapa testimonial pengguna SCP:

Wahh..Alhamdulillah..SCP it works!


Alhamdulillah! 7 hari menggunakan SCP perubahan positif kelihatan pada wajah

Ok, azan pun dah berkumandang menandakan telah masuknya waktu ASAR.. Moh lah kita tunaikan kewajipan. Hee, selamat membaca semoga perkongsian ini memberi manfaat di dunia & akhirat.







Nurul Atieka bt Ibrahim
PENGEDAR SAH SHAKLEE ANDA(914543)
Sms 013-3464752
Setiap pembelian daripada page Shaklee In De' House akan diberikan konsultasi dan jadual pemakanan percuma. 

© Atieka Ibrahim | Template Designed By Blog Bingkisan Hati