Assalammualaikum. Semoga kalian semua berada dalam rahmat Illahi. In shaa Allah.
Masalah? Semua individu pasti menghadapi masalah. Datang dari pelbagai sudut, yang membezakan hanyalah bagaimana kita mencari solusi.
Jika langkah positif yang kita ambil maka mudahlah pengakhiran masalah tersebut. Jika kita memilih negatif, maka semakin serabutlah pemikiran kita.
Masalah ini adalah peluang. Melalui masalah lah kita akan berusaha mencari solusi terbaik.
Saat ini, saya juga mempunyai masalah! Ya masalah, tetapi saya mengambil jalan positif. In shaa Allah :)
Sebagai contoh apabila menaiki sampan. Kalau kita tak mengambil inisiatif untuk mendayung sampan tersebut takkan sampai ke destinasi.
Dan, apabila kita kehilangan pendayung. Bagaimana untuk kita selesaikan masalah tersebut? Yang mana dalam sampan hanya kita sendiri tanpa sebarang alat perkakas???
Apa solusi yang bakal kita lakukan?
Barangkali menggunakan kaki atau pun tangan untuk mendayung.
Inilah dia pilihan positif!
With love,
M.Atieka Ibrahim
No comments:
Post a Comment