Alhamdulillah, dah seminggu kita umat Islam menjalani ibadah berpuasa di bulan ramadahn bulan barakah. Semoga segala amalan kita diterima oleh-Nya. Aamiin :)
Hari ni saya nak share satu resepi iaitu "Ikan Cencaru Goreng Berlada".
Of course ramai yang tahu resepi ni! :p
Bahan-bahan:
1 ekor ikan cencaru
15 biji cili padi - dikisar
1 biji lada merah - dikisar
1 batang serai - dititik
1 ulas bawang besar - dimayang kasar
2 ulas bawang putih - ditumbuk
1 inci halia - ditumbuk
air limau kasturi
sedikit garam dan gula secukup rasa
2 sudu makan planta(kalau menumis dalam kuantiti yang sedikit saya prefer planta instead of minyak)
Cara memasak:
1. Gorengkan ikan cencaru yang telah digaulkan dengan kunyit hidup+ketumbar yg telah ditumbuk. Selepas cukup masak angkat dan toskan. Ketepikan.
2. Panaskan planta dan masukkan serai yang telah dititik. Setelah planta betul-betul panas, tumiskan bawang putih dan halia yang telah ditumis. Tumis sehingga naik bau.
3. Masukkan cili padi dan lada merah yang telah dikisar ke dalam bahan-bahan yang ditumis sehingga pecah minyak.
4. Masukkan gula dan garam secukup rasa.
5. Setelah masak, curahkan bahan-bahan tumisan, perahan limau kasturi dan bawang besar yang telah dimayang ke atas ikan cencaru.
6. sedia untuk dihidang bersama nasi putih yang panas.
Atieka...
"Passion to be a great Muslimah, future wife, future mom..."
~ Kejarlah Akhirat, Dunia pasti mengejarmu ~
No comments:
Post a Comment