|
Gigitannya mampu meragut nyawa
Pada 4 Disember yang lepas saya 'warded' di Hospital Sultanah Nora Ismail Batu Pahat selama 5 hari 4 malam disebabkan mengalami demam denggi. (Masa warded kena 10 suntikan utk amek darah) Diri sendiri tak sangka akan mengalami demam denggi. Yela, sihat2 tiba-tiba asek nak tidur, badan sakit-sakit, kepala bagai nak pecah, pening, jalan sikit rasa melayang. Saya 'start' demam dan sakit sendi pada malam 1 Disember tapi tergerak hati pergi klinik Azlina dan surgeri pada petang 3 Disember. Tu pun setelah dipaksa oleh mak. Selepas diperiksa Dr. Azlina kata simptom demam denggi. Fuhh, berderau juga sebab ingat demam biasa je. Almaklumlah sekarang cuaca tak menentu. Masa tu jugak amek darah dan tekanan darah sangat3 rendah that why rasa melayang bila berjalan. Suhu badan terlalu tinggi dan selera makan memang tak de langsung since 1-4 Disember. (Berat badan susut sangat2)
Antara tanda-tanda demam denggi
Serba sedikit tentang 'Denggi' Denggi adalah jangkitan bawaan nyamuk yang biasa berlaku di kawasan tropika dan subtropika di seluruh dunia. Virus denggi ini tersebar daripada satu individu kepada individu yang lain melalui gigitan nyamuk. Penyakit yang boleh membawa maut ini tersebar kepada manusia dalam masa lapan hingga 12 hari selepas gigitan nyamuk aedes. Terdapat empat jenis virus denggi - DENI, DENII, DENIII serta DENIV - dan setiap individu berisiko dijangkiti empat virus ini.
Apabila seseorang dijangkiti kali kedua dan seterusnya, ia mampu mengakibatkan pendarahan pada organ dalaman dan sindrom kejutan denggi. Sementara itu, tinjauan mendapati 61% percaya nyamuk aedes cuma membiak dalam takungan air kotor tapi hakikatnya nyamuk jenis ini lebih gemar berada dalam tadahan air jernih terutamadalam bekas buatan manusia.
Semasa 'warded' saya diberi sup ketam oleh mak serta jus pucuk daun betik. Rasanya? Allah je yang tahu. Tujuan amalkan ini untuk meningkatkan platelet darah, sekali gus mengurangkan demam denggi.
Sup ketam Pucuk daun betik |
Selain tu, saya turut amalkan minum air 100 Plus untuk mengurangkan demam denggi.
|
100 Plus membantu mengurangkan demam denggi |
** Pesan saya, agak2 demam tak kebah dan berlanjutan, segeralah ke hospital berdekatan.
Ingin menjana pendapatan 2,3,4,5 angka hanya di hujung jari?
Hubungi saya untuk keterangan lanjut:-
Nurul Atieka bt Ibrahim
PENGEDAR SAH SHAKLEE ANDA(914543)
Sms 013-3464752
Setiap pembelian daripada page Shaklee In De' House akan diberikan konsultasi dan jadual pemakanan percuma.
Terima Kasih
No comments:
Post a Comment