ShakleeID: 914543 | 013-3464752 | FB:Nurul Atieka Ibrahim

** Pengedar Sah Shaklee di kawasan Batu Pahat, Johor dan penghantaran ke seluruh Malaysia, Brunei, Singapura dan Indonesia melalui PosLaju Malaysia, CityLink & GDex.

Atieka Ibrahim Dot Blogspot

Atieka Ibrahim Dot Blogspot
Barangsiapa yang bertaqwa kepada Allah nescaya Allah akan lepaskan ia dari masalah hidup dan diberikan-Nya rezeki dari sumber yang tidak diduga. Dan barangsiapa yang bertawakal kepada Allah nescaya Allah akan mencukupkan keperluannya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan (yang dikehandaki)Nya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu. (At-Thalaq 2-3)

31 January 2017

Butter Milk Chicken

Assalammualaikum semua. 

Sekejap dah nak berakhir bulan Januari. Esok dah masuk 1 Feb. Sebelum terlupa nak wish SELAMAT HARI WILAYAH & SELAMAT BERCUTI hehe.

Petang semalam tiba-tiba dekat FB wall lalu resepi BUTTER MILK CHICKEN. Semua bahan memang sedia ada dalam peti. Cuma yang takde tepung jagung  dan mentega. Apalagi request kat husband minta bawa pergi kedai. Lepas beli singgah dulu kat mamak pekena teh ais.


Malam tadi makan malam kami berdua BUTTER MILK CHICKEN. Alhamdulillah percubaan pertama yang agak menggembirakan. Husband suka isteri senang hati. Haha.

Bahan-bahan yang diperlukan:
1) Ayam 
2) Tepung jagung
3) Serbuk kunyit
4) Garam
5) Minyak untuk menggoreng
6) 1 sb Mentega(butter)
7) 1/2 tin susu cair
8) 2 tangkai daun kari
9) 4 tangkai cili padi(potong halus)
10) 7 ulas bawang putih(cincang halus)

Cara-caranya:
1) Perap ayam dengan serbuk kunyit, tepung jagung dan masukkan sedikit garam. Sebelum menggoreng ayam, golekkan sekali lagi ke dalam tepung jagung. Selepas itu goreng macam biasa sampai garing.

2) Angkat ayam yang digoreng tadi dan ketepikan.

Untuk kuahnya pula;

1) Panaskan mentega, masukkan daun kari, cili dan bawang putih. 

2) Masukkan susu cair dan biarkan sehingga mendidih.

3) Setelah mendidih, masukkan ayam yang telah digoreng tadi. Gaul sebati.


4) Siap! Sedia untuk dimakan bersama nasi panas. Hehe


Terima Kasih

No comments:

Post a Comment

© Atieka Ibrahim | Template Designed By Blog Bingkisan Hati