Ini bonus pertama saya masa mula-mula join Shaklee(March 2013). Walaupun nilainya sedikit, tetapi ianya cukup berharga buat saya yang bergelar student masa terima payslip ni.
Ni hasil titik peluh saya dan saya bahagikan sama rata untuk keramat hidup saya.
RM10 untuk Mak.
RM10 untuk Abah.
RM10 untuk saya.
Balancenya saya biar dalam akaun.
Nikmat memberi ini terlalu indah untuk saya walaupun hanya RM10. Tetapi..terpalit rasa sedih. Apalah yang mak dan abah saya boleh beli dengan nilai sebegitu?
Bermula dari situ saya berazam untuk dapat bonus lebih lagi supaya saya boleh memberi lebih lagi untuk mak dan abah.
Bulan berikutnya dan seterusnya saya masih dapat bonus 2 angka tetapi nilai yang berbeza-beza.
Kenangan terima bonus setiap bulan melalui cek Maybank dan di redeem di Bank Islam. Ni sistem dulu sebelum menggunakan 'on-line system'
Alhamdulillah, "maka nikmat Allah mana lagi yang kau dustakan"? (Surah Ar-Rahman ayat 55)
Jika kita bersyukur Allah akan tambah lagi nikmat rezeki.
Pada Januari 2014, alhamdulillah bonus saya meningkat kepada 3 angka! Allahuakhbar! Allah sahaja yang tahu perasaan tika itu. Takkan saya lupa bahagian untuk keramat hidup saya Allah, mak dan abah.
Lebihnya saya reward diri dengan membeli 'Red Velvet Cake' yang waktu ni sedang famous. Dapatlah berkongsi kegembiraan satu keluarga. Nikmat mana lagi yang ingin kau dustakan???
Hari berganti hari bulan berganti bulan. Alhamdulillah, dah tiba tahun 2015. Tahun ni saya berazam nak bersungguh-sungguh dengan bisnes Shaklee saya. Kita merancang dan Allah jua merancang. Sesungguhnya Allah lah perancang terbaik untuk diri kita.
“Sungguh ajaib dalam urusan orang mukmin. Sesungguhnya setiap urusan baginya ada kebaikan dan perkara ini tidak berlaku melainkan kepada orang mukmin. Sekiranya dia diberikan sesuatu yang menggembirakan lalu dia bersyukur, dan sekiranya apabila dia ditimpa kesusahan lalu dia bersabar. Maka kebaikan baginya” (Riwayat Muslim)
Allah tak pernah kejam dengan hambaNya tetapi kitalah yang selalu culas dari mengingatiNya. Nauzubillah.
Walaupun saya belum lagi dapat merasa bonus sebesar sahabat-sahabat perjuangan saya, itu tidak menjadikan saya putus asa. Saya yakin dan percaya, Allah lihat setiap usaha dan Allah dengar setiap doa kita sebagai hamba-hambaNya.
Saya sangat sayangkan bisnes Shaklee saya. Saya sangat sayangkan ahli-ahli di bawah saya. Dan, saya terlalu sayangkan mentor-mentor saya. Sesungguhnya, Allah sahaja yang mampu membalas segala curahan ilmu kalian buat diri ini. Tanpa mereka siapalah saya hari ini.
Alhamdulillah, tak sabar menanti bonus March 2015 yang bakal diterima pada pertengahan April ini. Bonus kali ini sebahagiannya untuk Ya Habibi, yang mana banyak membantu dari segi COD barang ke customer, memberi sokongan padu, kuntuman doa dan restu beliau yang sangat saya perlukan. Terima kasih suami!
Dengan bisnes ini, saya merasa nikmat memberi walaupun sedikit. Terima kasih bonus Shaklee setiap bulan kerana sentiasa membantu saya dalam urusan memberi. Memberi dan terus memberi!
In shaa Allah, rezeki ni akan bertambah seiring dengan usaha, doa dan tawakal kepada Allah.
** Sebagai info, bonus Yang Shaklee beri pada kami sebagai 'Shaklee Independent Distributor'(SID) adalah bergantung kepada performance SID itu sendiri. Jika rajin maka besarlah bonus yang bakal diperolehi. Best.. Sistem yang adil.
Salam sayang,
Shaklee Independent Distributor, 914543.
Nurul Atieka Ibrahim.
Akak, Emi ni. Ingat Emi lagi tak? Tengah blogwalking tetiba terjumpa blog akak :D
ReplyDeleteHai emy!! Ingat la dear ;) terima kasi bw ke blog saya 😘
Delete