Salam 'alaiki buat pembaca yang singgah di entry kali ni. Semoga kalian semua sentiada dalam rahmat Allah. Aamiin, in shaa Allah.
Entry kali ni saya nak berkongsi tentang 'Kelebihan Membaca Al-Quran'.
Iqra'. Bacalah.
Antara kelebihan membaca al-Quran ialah:
1) Ibadah yang paling utama dari segi bacaan.
2) Pahala membaca satu huruf daripada al-Quran: Menurut Ibnu Majah digandakan hingga 400 kali dan Ibnu al-Jauzi pula berpendapat digandakan sebanyak 700 kali.
3) Balasan satu huruf yang dibaca ialah bidadari di Syurga, juga dikatakan balasan sebatang pokok di Syurga.
4) Selamat daripada api neraka, mendapat kedudukan yang tinggi dan mukia bersama malaikat.
5) Pada hari Kiamat, al-Quran menjadi pembela.
6) Mengikut Ibnu Abbas r.a., pembaca al-Quran ialah seorang hartawan dan pahala membaca tidak akan putus.
7) Pembaca akan memperoleh keamanan di dunia dan kemuliaan di Syurga.
8) Membaca sebelum tidur akan mendapat kawalan malaikat.
9) Pembaca akan dimasukkan ke dalam golongan Siddiqin, Syuhada dan Solihin.
10) Membaca al-Quran secara berkumpulan akan diampunkan dosa mereka.
11) Mendapat cahaya di bumi dan menjadi sebutan oleh malaikat di langit.
12) Jika dibaca di dalam rumah, akan memberi cahaya kepada rumah itu.
13) Membaca secara tadarus (bergilir-gilir) mendapat ketenangan, rahmat dan dikelilingi oleh malaikat.
14) Pembaca yang mahir dan baik diutamakan menjadi imam solat.
15) Seutama-utama manusia ialah yang mempelajari, mengajar dan menghayati
16) Mempelajari satu ayat al-Quran lebih baik daripada solat sunat 100 rakaat.
17) Mempelajarinya dan membacanya akan mendapat keberkatan dan keharmonian hidup.
18) Mendapat perlindungan di Padang Mahsyar.
19) Pembaca akan dilindungi daripada godaan syaitan.
MASA YANG DIUTAMAKAN MEMBACA AL-QURAN
i) Pada waktu tengah malam sehingga fahar adalah paking utama.
ii) Antara maghrib dan isyak.
iii) Sesudah solat subuh.
Sumber daripada Buku Ilmiah: INDAHNYA HIDUP BERSYARIAT modul fardhu ain diri, keluarga dan masyarakat SEPANJANG HAYAT. Hasil tukisan Dati' Ismail Kamus & Mohd. Azrul Azlen Ab. Hamid.
No comments:
Post a Comment