ShakleeID: 914543 | 013-3464752 | FB:Nurul Atieka Ibrahim

** Pengedar Sah Shaklee di kawasan Batu Pahat, Johor dan penghantaran ke seluruh Malaysia, Brunei, Singapura dan Indonesia melalui PosLaju Malaysia, CityLink & GDex.

Atieka Ibrahim Dot Blogspot

Atieka Ibrahim Dot Blogspot
Barangsiapa yang bertaqwa kepada Allah nescaya Allah akan lepaskan ia dari masalah hidup dan diberikan-Nya rezeki dari sumber yang tidak diduga. Dan barangsiapa yang bertawakal kepada Allah nescaya Allah akan mencukupkan keperluannya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan (yang dikehandaki)Nya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu. (At-Thalaq 2-3)

27 May 2015

Akhirnya Kau Pergi Jua Sayang...

Assalammualaikum semua. Semoga kalian sentiasa dirahmati Allah hendak-Nya. Aamiin.




Akhirnya Kau Pergi Jua Sayang...




Kisah ini berlaku pada pagi subuh 25/5/15 yang lepas. Allah Maha Mengetahui atas apa yang berlaku. Siapa kita hamba yang lemah untuk menidakkan perancangan Allah yang telah tertulis di luh mahfuz sejak azali lagi? 




Biarlah aku menceritakannya mengikut kronologi.




17 Mei 2015
Sewaktu di bilik air untuk mengambil wudhu menunaikan solat zuhur, seperti kebiasaan aku akan menukar pantyliner. Dan..jelas tompokan coklat pekat di atas pantyliner yang aku pakai. Ya ini period!


Tanpa aku sedari, mengalir air mata di pipi. Ya, aku sedih sebab belum berjaya hamil lagi. Aku peluk suami sambil menangis. Cenggeng sungguh! Hehe


Kalau ikutkan, period kali ni sebenarnya dah lambat 10 hari. Dalam tempoh 10 hari ni aku dan suami dalam mood happy sebab barangkali aku hamil. Ok takpe, aku dan suami berbaik sangka dengan Allah. Mudah, hati pun tenangkan ;)




18 Mei 2015
Hari ni rasa tak sedap hati sebabnya dari hari semalam(17/5/2015) sampai pagi ni kat atas pad cuma cecair coklat pekat sahaja dan cuma hari ni sahaja ada 'one blood spotting' on pad yang aku pakai. 


Aku bagitau kat suami, peliklah period kali ni. Takde keluar darah period macam selalu. Suami nak kata apa? Dia bukannya tahu hal wanita. :p


Aku guna dua alternatif ni untuk dapatkan info. Pertama call mak dan yang kedua search kat 'Google'.


Masa call mak, aku inform apa yang berlaku. Bla..bla..bla..finally mak kata ni tanda-tanda mengandung! Mak minta aku buat UPT(Urine Pregnancy Test). Mak kata..firasat dia menyatakan yang aku ni hamil sebab sebelum ni aku pernah bagitau mak yang setiap malam badan aku panas macam orang demam, pening kepala, cepat letih dan loya rasa nak muntah. Tapi, aku macam kurang yakin sebab kan tengah period?


Alternatif kedua, aku cari info kat google dengan pencarian, 'tanda-tanda mengandung'. Baca info-info kat sini buat hati berbunga-bunga sebab banyak persamaan aku dengan info yang ditemui. Antara info yang aku jumpa, 'bleeding' di awal kehamilan, period, keluar cecair coklat, pening, badan cepat letih, loya/mual dan badan rasa panas pada waktu malam.




20 Mei 2015
Petang Rabu, aku beriya-iya ajak suami pergi farmasi sebab nak beli upt. Suami tahu bertapa terujanya aku nak beli upt. Aku beli upt brand BiotesT, RM14 sebab masa ni ada sale. Normally RM18.


21 Mei 2015
Pagi-pagi aku buat upt ni. Air kencing yang pertama sebab masa ni kandungan human chorionic gonadotropin (hCG) paling tinggi. So, senang nak kesan sama ada kita hamil atau pun tak.

Pagi ni, rasa berdebar sangat2 Allah sahaja yang tahu. Aku buat upt mengikut 'instruction' yang diberikan oleh pekerja di farmasi Fayyadh. Dup dap dup dap. Alhamdulillah.. Slow2 naik line kedua. Aku hamil! Lari-lari dapatkan suami dan tunjuk upt yang telah dibuat. Syukur pada-Mu Ya Rabb. Suami gembira dan tak lepas daripada memuji Allah atas nikmat rezeki ini.

Dalam perkiraan awal Jun baru nak pergi klinik untuk buat scan sebab nak habiskan dulu period.




23 Mei 2015
Petang Sabtu, tuba-tiba pantyliner yang aku pakai dipenuhi dengan fresh blood. Langsung takde bau hanyir darah. Aku inform pada suami, dia kata mungkin ni darah period yang tersumbat. Ok, aku iyerkan dan tukar pad terus. Buat keje macam biasa.




24 Mei 2015
Sepanjang hari ni pad yang aku pakai dipenuhi dengan fresh blood. Niat dalam hati esok tengahari nak call mak tanya kenapa keluar darah banyak macam period. Tapi, perancangan Allah itu Maha Hebat.




25 Mei 2015
Hari ini, adalah klimaks kepada penceritaan ini. Waktu subuh dalam pukul 6 pagi tiba-tiba terjaga sebab rasa macam something yang besar nak keluar daripada faraj. Aku fikir mungkin banyak darah yang terkumpul since last week baru nak keluar pagi ni agaknya.


Sewaktu 'benda' besar tu nak keluar rasa sangat. Rasa slow2 dia keluar dan terus keluar laju!


Masa nak mandi pagi tu, kat toilet nak basuh pad. Then jirus air dan nampak 'benda' besar atas pad. Aku ambil dan pegang. Hati rasa tak sedap terus panggil suami. Suami tengok dan secara drastiknya terus kata gugur ke?? Sebaknya hati waktu tu bila dengar suami kata macam tu T_T.


Aku snap gambar langsung terus whatsapp kat mak dan kak long. Kak Long reply dan kata ni macam gugur dan mintak ke klinik segera. Aku bersihkan 'benda' tu dan masukkan dalam bekas untuk dibawa bersama jumpa doktor.


Aku dan suami siap-siap & decide pergi klinik desa berdekatan dengan rumah. Sampai sana doktor takde dn nurse suruh ke klinik Beranang. Suami refuse dan terus bawa ke Hospital Kajang.


Sampai sana, terus daftar dan MA mintak details & serahkan borang. Aku inform mungkin gugur. Sebak waktu ni T_T.


Masuk ke ruangan menunggu. Daftar lagi sekali. Tak lama lepas tu nama aku dipanggil dari bilik 5. Masa ni MA yang incharge aku. Mintak details berkaitan sebelum berlaku misscarriage dan check tekanan darah serta suhu badan. Then aku keluar & tunggu lagi.


Lepas tu nama aku dipanggil lagi kali ni doktor sendiri yang panggil. Dia mintak details bila last period, bila last bersama suami, berapa lama bleeding dll. Then doktor bagi bottle untuk buat urine test. Selesai.


Doktor minta tunggu kat luar sehinggalah nama aku dipanggil lagi. Kali ni nama dipanggil dan doktor serahkan borang untuk buat blood test di bilik 4 serta menyatakan urine test negatif, means rahim dah kosong. Selesai amek darah. Tunggu lagi sehingga nama dipanggil lagi.


Kali ni doktor yang sama panggil nama tetapi masuk ke bilik 2. Dalam bilik ni aku kena buat scan kat perut untuk check kalau-kalau ada yang tertinggal dalam rahim. Doktor scan tapi tak nampak dengan jelas. Dia mintak sample yang keluar dari faraj. Nak tengok sama ada complete or incomplete misscarriage. Then doktor suruh tunggu kat luar. Tunggu lagi...


Then nama dipanggil lagi oleh doktor yang sama. Kali ni dia nak bawa aku dan suami bertemu pakar sakit puan. Kami berpindah bangunan. Sebelum ni bangunan kecemasan dan trauma. Kali ni ke bangunan sakit bersalin. 


Lama menanti barulah nama aku dipanggil. Kali ni doktor Goh take over case aku. Buat urine test lagi dan Dr. Goh mintak details berkaitan tarikh last period, bila start bleeding, berapa jumlah pad yang dipakai dll. Selesai buat urine test, kena buat prosedur lain pula. 


Mula-mula scan perut. Pun sama still tak nampak dengan jelas. Then Dr. Goh decide nak masukkan 'clamp' dalam faraj untuk tengok sama ada berlaku pendarahan dalaman atau pun tak. Lastly, Dr. Goh masukkan pula rod scan dalam faraj nak tengok sama ada, complete or incomplete misscarriage. Lepas Dr. Goh keluarkan rod scan tu, Ya Allah..banyaknya darah! Tapi alhamdulillah, status aku complete misscarriage. Kalau tak kena D&C lah jawabnya. Urine test kali kedua pun negatif.


Maka, tersedialah jawapan bahawa aku benar-benar gugur. Aku tanya Dr. Goh janin dah berapa minggu.. Slowly she replied, 7 weeks & i got 3 days MC. Aku redha dan bersangka baik pada Allah.


Keluar dari bilik tu, suami genggam erat tangan ni. Aku tahu suami turut bersedih dan dia empati dengan aku. Baru 4 hari aku tahu ada tetamu kecil dalam rahim. Walhal tetamu kecil itu dah 7 minggu di rahim ini. Allah Maha Mengetahui, Dia ambil kembali tetamu kecil setelah diberi pinjam selama 7 minggu.. Walaupun baru 4 hari aku tahu kehadiran tetamu kecil ini. Maka, nikmat TuhanMu yang mana lagi yang ingin kau dustakan? 


Sepanjang perjalanan dari Hospital Kajang ke rumah, suami sentiasa tarbiyah. Minta aku bersangka baik pada Allah. Sekurang-kurangnya kita tahu antara kita takde yang menghadapi masalah kesuburan sebab aku boleh hamil. Dan lagi buat air mata ni mengalir bila mana suami kata, "atas apa yang terjadi, semakin bertambah kasih dan sayang saya pada awak". Ya Allah, Engkau ambil janin dari rahimku, dan Engkau tambah lagi nikmat kasih sayang antara kami. Terima kasih Ya Allah!


Malamnya, aku cuci bersih janinku yang berusia 7 minggu. Aku balut dengan kain daripada t-shirt suami. Sebelum ditanam, aku cium sepuas-puasnya tanpa aku sedari air mata bergenang. 



Inilah rupa janinku pada usia 7 minggu.


"Ya Allah, aku redha Engkau ambil anakku, berikanlah pahala di atas setiap keredhaanku, gantikanlah kepadaku anak yang lebih baik."

Aamiin.


Percayalah, Allah tidak akan membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupanya. Sebagai orang yang beriman, kita akan diuji untuk menilai keimanan kita. Setiap ujian yang hadir, telah tersedia hikmah di hadapannya cuma kita tak pasti dalam bentuk apa hikmah tersebut.

Bersangka baik dengan Allah adalah terapi yang paling mujarab buat hati. Terima kasih Allah! :)










20 May 2015

Kekasih Halal

Salam. Hai semua. Apa khabar?




Malam ni kita berdatinglah dengan kekasih halal. Lama dah tak keluar macamni. 




Sebenarnya.... 




Sebenarnya....




Sebenarnya....




Saya...




Isteri dia!!!




Hehe..


10 April 2015

Nikmat Memberi Kepada Keramat Hidup

Assalammualaikum, bersyukur walau sekecil-kecil nikmat tajuk entry kali ni.





Ini bonus pertama saya masa mula-mula join Shaklee(March 2013). Walaupun nilainya sedikit, tetapi ianya cukup berharga buat saya yang bergelar student masa terima payslip ni.


Ni hasil titik peluh saya dan saya bahagikan sama rata untuk keramat hidup saya.
RM10 untuk Mak.
RM10 untuk Abah.
RM10 untuk saya.
Balancenya saya biar dalam akaun.


Nikmat memberi ini terlalu indah untuk saya walaupun hanya RM10. Tetapi..terpalit rasa sedih. Apalah yang mak dan abah saya boleh beli dengan nilai sebegitu? 


Bermula dari situ saya berazam untuk dapat bonus lebih lagi supaya saya boleh memberi lebih lagi untuk mak dan abah.


Bulan berikutnya dan seterusnya saya masih dapat bonus 2 angka tetapi nilai yang berbeza-beza. 


Kenangan terima bonus setiap bulan melalui cek Maybank dan di redeem di Bank Islam. Ni sistem dulu sebelum menggunakan 'on-line system'


Alhamdulillah, "maka nikmat Allah mana lagi yang kau dustakan"? (Surah Ar-Rahman ayat 55)


Jika kita bersyukur Allah akan tambah lagi nikmat rezeki.





Pada Januari 2014, alhamdulillah bonus saya meningkat kepada 3 angka! Allahuakhbar! Allah sahaja yang tahu perasaan tika itu. Takkan saya lupa bahagian untuk keramat hidup saya Allah, mak dan abah. 


Lebihnya saya reward diri dengan membeli 'Red Velvet Cake' yang waktu ni sedang famous. Dapatlah berkongsi kegembiraan satu keluarga. Nikmat mana lagi yang ingin kau dustakan???


Hari berganti hari bulan berganti bulan. Alhamdulillah, dah tiba tahun 2015. Tahun ni saya berazam nak bersungguh-sungguh dengan bisnes Shaklee saya. Kita merancang dan Allah jua merancang. Sesungguhnya Allah lah perancang terbaik untuk diri kita. 



Sungguh ajaib dalam urusan orang mukmin. Sesungguhnya setiap urusan baginya ada kebaikan dan perkara ini tidak berlaku melainkan kepada orang mukmin. Sekiranya dia diberikan sesuatu yang menggembirakan lalu dia bersyukur, dan sekiranya apabila dia ditimpa kesusahan lalu dia bersabar. Maka kebaikan baginya” (Riwayat Muslim)


Allah tak pernah kejam dengan hambaNya tetapi kitalah yang selalu culas dari mengingatiNya. Nauzubillah. 


Walaupun saya belum lagi dapat merasa bonus sebesar sahabat-sahabat perjuangan saya, itu tidak menjadikan saya putus asa. Saya yakin dan percaya, Allah lihat setiap usaha dan Allah dengar setiap doa kita sebagai hamba-hambaNya.


Saya sangat sayangkan bisnes Shaklee saya. Saya sangat sayangkan ahli-ahli di bawah saya. Dan, saya terlalu sayangkan mentor-mentor saya. Sesungguhnya, Allah sahaja yang mampu membalas segala curahan ilmu kalian buat diri ini. Tanpa mereka siapalah saya hari ini. 


Alhamdulillah, tak sabar menanti bonus March 2015 yang bakal diterima pada pertengahan April ini. Bonus kali ini sebahagiannya untuk Ya Habibi, yang mana banyak membantu dari segi COD barang ke customer, memberi sokongan padu, kuntuman doa dan restu beliau yang sangat saya perlukan. Terima kasih suami! 


Dengan bisnes ini, saya merasa nikmat memberi walaupun sedikit. Terima kasih bonus Shaklee setiap bulan kerana sentiasa membantu saya dalam urusan memberi. Memberi dan terus memberi!



In shaa Allah, rezeki ni akan bertambah seiring dengan usaha, doa dan tawakal kepada Allah.


** Sebagai info, bonus Yang Shaklee beri pada kami sebagai 'Shaklee Independent Distributor'(SID) adalah bergantung kepada performance SID itu sendiri. Jika rajin maka besarlah bonus yang bakal diperolehi. Best.. Sistem yang adil.


Salam sayang,
Shaklee Independent Distributor, 914543.
Nurul Atieka Ibrahim.














01 April 2015

H&W Talk, Pinnacle Sunway: Kesihatan Wanita

Assalammualaikum korang... 😄


Alhamdulillah 19/3 yang lepas ada rezeki saya menghadirkan diri dalam Health & Wellness Talk mengenai 'Kesihatan Wanita' di Pinnacle Sunway. Talk kali ni disampaikan okeh Pakar Nutrisi yang comel lotte! Puan Situ Sarah.. Cantik dan menawan. Pengguna setia suplemen Shaklee ok...





Walaupun ini kali pertama saya pergi 'event' anjuran Shaklee, rasa bersyukur sangat. Bersyukurlah walau sekecil-kecil nikmat. Maka Allah pasti akan tambah lagi nikmat yang tak terhitung.



Talk tersebut bermula pada pukul 2.30pm-4.30pm. Seronok bila dapat tambah ilmu lagi-lagi ada guru kat depan. Terasa lain sangat menuntut ilmu melalui buku, internet, dll. Sebab tu lah guru ni digelar sebagai pelita hidup, menerangi setiap langkah anak didiknya. Bertapa pentingnya hidup berguru.



Special thank to ya habibi sebab memberi keizinan untuk saya menghadirkan diri ke majlis ilmu dan millions thank to mentor saya sebab sanggup dari Bangi ke Semenyih to pick me up ke Pinnacle Sunway. Semoga Allah membalasnya dengan sejuta hikmah dan nikmat. Aamiin.






Berbalik pada talk tentang 'Kesihatan Wanita', Puan Sarah memulakan dengan masalah Osteoporosis. Antara intipatinya termasuklah faktor risiko osteoporosis yang mana mempunyai sejarah keluarga mengalami osteoporosis, kekurangan senaman, perokok, perempuan, minum terlalu banyak alkohol dan disebabkan oleh kesan sesetengah ubat-ubatan yang diambil. Bagi mengatasi masalah atau mengelakkan terjadinya penyakit osteoporosis, kita boleh berikhtiar dengan mengambil Ostematrix Shaklee yang kaya dengan sumber kalsium. Kalsium sangat penting untuk kesihatan tulang dan mencegah osteoporosis.






Kemudian Puan Sarah menerangkan tentang produk kesukaan ramai. Kalau ada PROMO produk ni memang terjual beratus-ratus tong! Agak-agak produk apa? Semestinya... 



Taraaa..!!!!!






Ya, Energizing Soy Protein atau lebih dikenali dengan gelaran ESP. ESP adalah sumber asas kesihatan yang baik. Memberikan tenaga berpanjangan dengan kualiti yang tinggi, sumber protein tumbuhan semulajadi. 



Apa yang membezakan ESP dengan sumber protein yang lain? Kita terjah gambar yer...






ESP juga mampu mengurangkan risiko BARAH PAYUDARA.



Di Jepun, mereka mengamalkan makanan sumber protin seperti tauhu yang dioerbuat daripada kacang soya. Ternyata, PERATUSAN barah payudara adalah RENDAH! Jadi, JANGAN TAKUT NAK AMALKAN SUMBER PROTEIN kacang soya daripada ESP Shaklee.



ESP juga membantu dalam diet seharian anda. Matlamat yang bagus adalah pengambilan 15-25 gram protein soya setiap hari. 



Seterusnya, Puan Sarah beralih ke Gamma Linoleic Acid @ GLA Complex. Ia membantu melegakan PMS(pre-menstrual syndrome) seperti mengurangkan perubahan mood, melegakan senggugut atau kekejangan perut, mengurangkan keinginan makan dan mengurangkan pembengkakan payudara.



GLA juga membantu memudahkan proses peraliran menopaus. Antaranya membantu mengurangkan kehangatan, membaiki kualiti tidur, mengurangkan kekeringan vagina, dan membaiki mood.






Seterusnya menerangkan tentang Vivix yang mana ia mampu mengurangkan kanser payudara, kanser kolon, meningkatkan kesihatan jantung serta melambatkan proses penuaan. 



Antara kandungan aktif dalam Vivix adalah polygonum cuspisdatum, anggur muscadine, european elderberry, dan lobak merah. 






Sekiranya kita mengambil Vivix dalam kehidupan harian, Vivix merupakan bahan utama yang memberi kesan positif kepada pengawalan genetik.



Perhatikan apa yang beza sekiranya mengambil Vivix dan tidak mengambil Vivix. 






Kemudian penerangan mengenaik kepentingan Omega-3 yang mana ia sangat penting untuk perkembangan otak, kesihatan jantung dan kesihatan sendi.



Kita boleh dapatkan omega-3 yang lengkap melalui Omega Guard Shaklee.






Ternyata, kepekatan DHA dan EPA tertinggi dalam Omega Guard. Sebagai info tambahan, wanita hamil dan wanita menyusukn bayi mereka memerlukan 300mg DHA sehari.



Seterusnya, Puan Sarah menerangkan tentang produk tertua Shaklee yang berusia 100 tahun iaitu Vita-Lea multivitamin dan multiminerals terbaik di dunia! 



Keistimewaan Vita-Lea Shaklee ini, ia merupaka teknologi salutan mikro asid folik berpaten. Membekalkan 28 vitamins dan minerals serta berdasarkan 7 ujian klinikal.



Akhir sekali, Puan Sarah menerangkan tentang B-Complex Shaklee yang mana sangat berbeza dengan vitamin B yang lain.



Apa yang bestnya B-Complex Shaklee ni sangat istimewa..?






Dan apa yang menjadikan B-Complex Shaklee berbeza dengan jenama lain?






Alhamdulillah, selesai tugasan saya berkongsi sedikit info mengenai produk untuk kesihatan wanita. Semoga perkongsian ini memberi manfaat buat semua yang membaca. 😉



Salam sayang.






Atieka Ibrahim.
Pengedar Sah Shaklee Anda.
SID: 914543



Jika ingin order vitamin Shaklee.. Jangan segan-segan contact saya yer.. 😍









© Atieka Ibrahim | Template Designed By Blog Bingkisan Hati