ShakleeID: 914543 | 013-3464752 | FB:Nurul Atieka Ibrahim

** Pengedar Sah Shaklee di kawasan Batu Pahat, Johor dan penghantaran ke seluruh Malaysia, Brunei, Singapura dan Indonesia melalui PosLaju Malaysia, CityLink & GDex.

Atieka Ibrahim Dot Blogspot

Atieka Ibrahim Dot Blogspot
Barangsiapa yang bertaqwa kepada Allah nescaya Allah akan lepaskan ia dari masalah hidup dan diberikan-Nya rezeki dari sumber yang tidak diduga. Dan barangsiapa yang bertawakal kepada Allah nescaya Allah akan mencukupkan keperluannya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan (yang dikehandaki)Nya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu. (At-Thalaq 2-3)

25 September 2016

Shaklee Baby..Muhammad Ammar Fatih ❤️


Anak ummi,

Ingatkah saat 40 minggu kita bersama,

40 minggu yang takkan berputar kembali.

.

Saat kita berada dalam satu hembusan nafas,

Dalam satu denyutan yang sama,

Berkongsi kehidupan dalam sekelumit ruang,

Dimana rahim ummi menjadi satu-satunya tempat terindah bagimu.

.

Sedihku membuatmu resah,

Tika ummi tersenyum membuatmu tenang,

Dalam setiap gerakan kamu berkata,

Dalam setiap gerakan kamu mencuba memberi makna.

.

Sampai saat dimana jasad dan rohmu sudah bersedia menjengah dunia.

.

Pecahnya air ketuban,

Sakitnya 'contraction',

Babah setia di sisi menemani sepanjang waktu,

Waktu dimana ummi bakal menjadi wanita seutuhnya buatmu.

.

Dalam sisa-sisa nafas yang tinggal,

Ummi terus berjuang,

Segala doa yang terlantun,

Nyawa ummi pertaruhkan disini!

Demimu anakku!

.

06/09/2016@8.50pm lahir khalifah kecil daripada rahim ummi,

Waktu dimana tangisanmu dan tangisan ummi menandakan kemenangan besar buat kita.

.

Selamat datang anak ummi dan babah,

Ummi dan babah selalu ada untukmu wahai anakku...Muhammad Ammar Fatih.❤️




17 August 2016

Cara Atasi Kekejangan Semasa Hamil Dengan Pantas!

Assalam.

Alhamdulillah setelah sekian lama tak update any entry dalam blog ni, hari ni diberi kelapangan masa untuk menaip.

Siapa sini yang hamil & selalu mengalami masalah kaki 'cramp'? Atau istilah lain ada yang panggil simpul biawak? Haa sayalah tu...

Kalau tengah sedap tidur then rasa nak mengeliat tanpa sedar kau lunjurkan kaki ke hadapan. Zass urat-urat habis kena tarik! Menangis dalam sendu sebab taknak suami terjaga. Menahanlah keseorangan. Huarghh!!!

Lain kali jangan buat macam dalam gambar kat bawah ni.



Next check up kat Klinik Desa(KD) saya inform pada nurse yang incharge saya. So, nurse tu pun bagi tips. Lain kali kalau kena lagi buat macam ni. Tengok dalam gambar penat photoshoot tau. Huhu


Selepas beberapa hari, kejang kaki datang lagi menyerang. Terus buat macam tips yang nurse bagi. Alhamdulillah Allah izin tips yang nurse tu kongsi. Menjadi! Yelahkan kalau kita tengah tidur mana nak sedar. Tengah sedap mengeliat urat kena tarik-tarik. Masa kena tu kena lawan sebab nak tarik kaki tu ke belakang agak mencabar sikit. Tak tau nak describe macamna. Cuba dulu baru tau. Hehehe

Sekian. ;)


© Atieka Ibrahim | Template Designed By Blog Bingkisan Hati