ShakleeID: 914543 | 013-3464752 | FB:Nurul Atieka Ibrahim

** Pengedar Sah Shaklee di kawasan Batu Pahat, Johor dan penghantaran ke seluruh Malaysia, Brunei, Singapura dan Indonesia melalui PosLaju Malaysia, CityLink & GDex.

Atieka Ibrahim Dot Blogspot

Atieka Ibrahim Dot Blogspot
Barangsiapa yang bertaqwa kepada Allah nescaya Allah akan lepaskan ia dari masalah hidup dan diberikan-Nya rezeki dari sumber yang tidak diduga. Dan barangsiapa yang bertawakal kepada Allah nescaya Allah akan mencukupkan keperluannya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan (yang dikehandaki)Nya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu. (At-Thalaq 2-3)

31 January 2015

Review - Hotel Ismail Group(HIG) Langkawi

Salam dan selamat sejahtera buat semua yang sudi membaca entry saya kali ni. Semoga kalian sentiasa dirahmati Allah selalu. Aamiin. 




Entry kali ni tentang review saya semasa menginap di HIG selama 2 hari 1 malam masa 'pre-honeymoon' di Langkawi. Egege.




On the spot book, akhirnya dapatlah bilik standard seaview. Ini je bilik yang tinggal untuk saya dan suami menginap. Bayaran satu malam RM180 dan dijangka naik sehingga RM200 semalam bermula Januari 2015 bagi bilik standard seaview ni.




HIG ni best ok sebab bawah tu tempat nak shopping coklat, kelacang, pinggan mangkuk dll. (Pening encik suami.. Hihi)




Ok, kita go through gambar satu-satu ya.









Jangan pelik kalau book on the spot dapat bilik single bed macamni. Hihi. Kami ok jee :p








Saya suka bila setiap kali masuk bilik ni. Rasa cosy sangat! Decoration memang superb!








Pandang ke site ni feel romantik bila bersama kekasih halal. Hihi ada apollo dab gula-gula lagi. How lah tak rasa romantik macamni ;)








Bangunan depan yang tinggi tu tak tau bangunan apa. Pemandangan dari aras 6 memberi ketenangan jiwa. Saya suka saya suka.








Ini antara yang dibekalkan di dalam bilik 'standard seaview'.








Alhamdulillah, sejadah disediakan oleh pihak HIG. Sekalung-kalung tahniah! Bersesuaiandengan konsep hotel, menawarkan percutian keluarga yang berkonsepkan Islam.








Insert card and get the power source :)








Bilik mandi dia, masha Allah! Best sangat2 rasa taknak keluar dah even dah siap mandi. Hihi.




Dalam bilik mandi ni dibekalkan sengan shower, shampoo, handwash, hair cover, pemanas air dan juga bakul sampah. Super clean & clear.








Ada astro dan wifi yang sangat laku! Mana tak best duduk dalam bilik ni. Syok boleh layan bisnes Shaklee dengan tenang.








Ada pintu yang boleh tembus bilik sebelah. Rasanya kalau keluarga book bilik sebelah2 macamni boleh request dengan pihak HIG untuk unlock pintu ni. Jadi, kita tak payah susah2 nak keluar bilik untuk ke bilik sebelah.








Ok, dalam pakaej bilik 'standard seaview' ni ada breakfast sekali. Wuhuu!!! Breakfast dia super duper awesome! Daripada masakan kampung sampailah barat semua ada. Sedap2 hingga menjilat jari. 




Malangnya waktu ni saya diuji dengan gusi bengkak. Takde feeling nak makan dan snap pic. Hihi.




Macamna? Best ke best? Mai pakat2 bercuti di Langkawi dan stay di HIG. Takkan menyesal.




Nah, coklat yang dicadangkan. Sedap sangat ok ;)








Lepas ni kalau ke Langkawi hunting Maltesers dan coklat Milka je la ye :)




Oh ya, kalau nak cuba produk Shaklee cari saya je la ye ;)








Ok sampai sini je la dulu ye. Till we meet again in next entry.




Salam. :)


































10 January 2015

Bahaya Scurvy!

Salam 'alaiki semua. Just short entry malam ni sambil2 teman suami ber'chatting' dengan housemate lama dia dulu.




Dapat ilmu baru malam ni dalam 'Secret Group Shaklee' saya.




Selalu tengok orang2 tua gigi macamni? Kecik2 hitam2.






Kalau perasan gigi2 lanun pun macamni jugak. Tengok citer pirate of carribean?.




Haa, tu kekurangan Vitamin C la tu ;).




So, kita yg gigi masih cantik & kukuh mai la start 'scurvy awareness'!!! :p.






Saya sedang amalkan..takut pulak gigi jadi macamtu nanti. Tak comel nanti.. Jom telan Vitamin C dulu.






Selamat malam :p.




Atieka Ibrahim
Pengedar Sah Shaklee Anda (914543)

08 January 2015

Sajak Buatmu Suami - Impian

Suamiku,
Terlafaz lancar sebuah akad,
Setulus hati mahar diberi,
Terangkat sudah segala penyekat,
Diriku kini kau miliki.





Dalam keterharuan,
Air mata ibuku berguguran,
Ayahku sebak melepaskan,
Puterinya kini kau jagakan.






Suamiku,
Jika diriku diterima kerana kelebihan,
Kau kan kecewa bila terlihat kekurangan,
Jika diriku diterima kerana kecantikan,
Kau kan bosan bila ia beransur hilang.





Aduhai suamiku,
Jelaskanlah niat dan matlamat,
Menerimaku kerana agama,
Baru hidup beroleh berkat,
Bahagia hingga ke syurga.




Ketahuilah suamiku,
Kaulah pemilik cintaku,
Setelah Allah dan Rasul,
Suluhkanlah buatku,
Jalan menuju Yang Satu.

Suamiku,
Hadiah mahal terbilang,
Bahtera penyelamat yang utuh,
Gelombang dan karang,
Tak mampu meruntuh.




Suamiku,
Kita dua insan berbeza,
Cita dan cinta yang sama,
Jadilah dirimu sebenarnya,
Terimalah aku seadanya.



Suamiku,
Asam garam rumahtangga,
Khilaf dan salah pasti ada,
Sama-samalah berlapang dada,
Pemula maaf paling mulia.





Suamiku,
Menang bukan beerti benar,
Kalah bukan beerti salah,
Dalam berdebat, hormat memagar,
Tawadukmu budi terindah.




Suamiku,
Berjanjilah padaku,
Dengan kemuliaan dirimu,
Kenalkan aku dan generasiku,
Pada kemuliaan Penciptamu.




Nukilan asal,
Penulis buku "Pemilik Cintaku Setelah Allah & Rasul"
Ustazah Fatimah Syarha Mohd Noordin


Sebarkan kasih sayang bersama yang halal 😍







© Atieka Ibrahim | Template Designed By Blog Bingkisan Hati