08 January 2015

Sajak Buatmu Suami - Impian

Suamiku,
Terlafaz lancar sebuah akad,
Setulus hati mahar diberi,
Terangkat sudah segala penyekat,
Diriku kini kau miliki.





Dalam keterharuan,
Air mata ibuku berguguran,
Ayahku sebak melepaskan,
Puterinya kini kau jagakan.






Suamiku,
Jika diriku diterima kerana kelebihan,
Kau kan kecewa bila terlihat kekurangan,
Jika diriku diterima kerana kecantikan,
Kau kan bosan bila ia beransur hilang.





Aduhai suamiku,
Jelaskanlah niat dan matlamat,
Menerimaku kerana agama,
Baru hidup beroleh berkat,
Bahagia hingga ke syurga.




Ketahuilah suamiku,
Kaulah pemilik cintaku,
Setelah Allah dan Rasul,
Suluhkanlah buatku,
Jalan menuju Yang Satu.

Suamiku,
Hadiah mahal terbilang,
Bahtera penyelamat yang utuh,
Gelombang dan karang,
Tak mampu meruntuh.




Suamiku,
Kita dua insan berbeza,
Cita dan cinta yang sama,
Jadilah dirimu sebenarnya,
Terimalah aku seadanya.



Suamiku,
Asam garam rumahtangga,
Khilaf dan salah pasti ada,
Sama-samalah berlapang dada,
Pemula maaf paling mulia.





Suamiku,
Menang bukan beerti benar,
Kalah bukan beerti salah,
Dalam berdebat, hormat memagar,
Tawadukmu budi terindah.




Suamiku,
Berjanjilah padaku,
Dengan kemuliaan dirimu,
Kenalkan aku dan generasiku,
Pada kemuliaan Penciptamu.




Nukilan asal,
Penulis buku "Pemilik Cintaku Setelah Allah & Rasul"
Ustazah Fatimah Syarha Mohd Noordin


Sebarkan kasih sayang bersama yang halal 😍







No comments:

Post a Comment